Saturday, April 2, 2011

Lawatan ke Kolam Air Bkt Hospital Mentakab

Pagi tadi (2/4/2011) selepas satu program ramah mesra dengan penduduk2 Taman Tualang Indah, saya pergi melawat Kolam Air Bukit Hospital Mentakab dan Rumah Pam Taman Bukit Bendera untuk meninjau keadaan bekalan air dan kemasukan bekalan air di kedua-dua tempat itu.

Sehingga pagi ini, saya masih terima aduan melalui sms dan FB yang tempat2 tertentu bekalan air tidak normal(air ada mengalir dari paip walaupun tekanan rendah).

Setelah lawatan ke Kolam Air Bukit Hospital Mentakab, saya dapati kemasukan bekalan air yang "direct" dari Loji Lubuk Kawah ke Kolam Air Bukit Mentakab adalah normal, begitu juga Rumah Pam di Bukit Bendera adalah seperti biasa, tidak mengalami apa2 masalah yang luar jangkaan.

Kemungkinan tekanan air rendah yang dialami oleh kawasan2 tertentu (kawasan yg tinggi dan berjauhan) disebabkan penduduk2 di kawasan rendah menggunakan jumlah air yg banyak dan menyimpan air kerana ketakutan air akan terputus lagi.

Sekiranya kita menggunakan air seperti biasa, tidak seharusnya kawasan2 tertentu mengalami kekurangan air ini.

Saya berharap orang ramai tidak perlu panik dan jangan mendengar khabar angin dan menyimpan air di rumah. JBA memang sediakan tangki air untuk kegunaan yang luar biasa seperti kenduri dan tempat2 tertentu yang memerlukan atas permintaan.

Kita juga faham dalam keadaan luar biasa, manusia akan bertindak tidak rasional seperti pernah berlaku di Negeri China dimana ada orang membeli dan menyimpan garam yang boleh digunakan sehingga 3/4 tahaun pun tak habis apabila mendegar khabar angin apa yang berlaku dengan Nuklear Reactor di Jepun setelah gempa bumi dan tsunami dan "mempercayai" kebaikan/kebolehan garam menentang radiation itu.(Masalah Nuklear Reactor di Jepun juga membawa kesan kepada pembelian garam oleh orang ramai di China! Walaupun ini nampaknya "absurd" tapi benar!)

Pegawai JBA En Basri dan En Salleh serta juruteknik mekanik dan letrik turut hadir menerangkan keadaan dalam lawatan tersebut.






Gambar menunjukkan kemasukan air ke Kolam Air di Bkt Hospital Mentakab

No comments: