7.2.2012 9.00 am
Majlis Penyempaian BR1M di Dewan Sri Mentakab bagi Kumpulan ke-2, seramai 1820 keluarga layak menerima Bantuan Rakyat pagi ini bagi DUN Mentakab. Ahli Parlimen Temerloh YB Dato Saifuddin dan ADUN Kawasan Mentakab YB Dato Chuah menyampaikan BR1M dalam majlis tersebut.
Ini merupakan tangungjawab kerajaan menunaikan janji kepada rakyat membantu keluarga yang layak menerimanya. Bagi mereka yang layak tetapi masih belum menerima BR1M ini, harap bersabar kerana ianya akan disampaikan dalam beberapa kumpulan.