Saturday, February 20, 2010

Kolej Komuniti Temerloh dengan kerjasama kolej-kolej komuniti dalam Kawasan Wilayah Timur telah mengadakan Futsal 1Malaysia 2010 di One Touch Futsal di Temerloh bermula 20 Feb 2010. Futsal 1Malaysia ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada komuniti tempatan dan IPTA, IPTS, politeknik serta Kolej Komuniti Kawasan Wilayah Timur termasuk mereka yang datang dari Bera, Lipis, Raub dan Terengganu. Sebanyak 76 team telah mengambil bahagian dalam majlis pertandingan ini. Aktiviti ini selain memperkenalkan kolej-kolej komuniti dan kursus-kursus yang ditawarkan, ianya juga memperkenalkan lagi konsep 1Malaysia yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Pengarah Kolej Komuniti Temerloh Encik Abdul Razak Sabtu dan pengarah-pengarah Kolej Komuniti dalam negeri Pahang hadir bersama.

 
Posted by Picasa
 
Posted by Picasa
 
Posted by Picasa
 
Posted by Picasa
 
Posted by Picasa

Monday, February 15, 2010

RM299 juta bantu PBT seluruh negara-Utusan Malaysia

Utusan Malaysia melaporan satu kenyataan oleh YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha, mengenai peruntukan bagi Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) bagi tahun 2010. Peruntkan ini berkurangan sebanyak RM69 juta berbandingan dengan Tahun 2009. PBT memang banyak bergantung kepada peruntukan kerajaan pusat dan negeri untuk melaksanakan projek pembangunan, walau bagaimanapun, PBT harus menggunakan peruntukan wang ini supaya tidak bazir dan pastikan perbelanjaan wang ini mendatangkan faedah kepada orang ramai. Berikut ini laporan tersebut.

IPOH 14 Feb. - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyediakan peruntukan geran tahunan berjumlah kira-kira RM299 juta kepada 146 pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM236.4 juta diagihkan kepada 98 PBT di Semenanjung, RM28.2 juta di Sabah (22 PBT) dan RM34.5 juta di Sarawak (26 PBT).

"Setiap PBT akan menerima peruntukan antara RM400,000 dan RM5 juta,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, semua PBT wajar menggunakan bantuan geran tahunan tersebut untuk memberi manfaat yang sebaik-baiknya kepada rakyat.

"Bagi mencapai hasrat ini, perancangan berkaitan penggunaan geran yang diberikan ini perlulah dilakukan dengan teliti.

"Semua PBT harus melaksanakan tugas dengan cekap, cepat dan efektif seterusnya dapat menjamin mutu perkhidmatan PBT sentiasa dipantau dan ditambah baik," katanya.

Menurut Cho Ha, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sebanyak RM1.892 bilion disalurkan untuk menjayakan projek-projek kecil seperti membina dan menaik taraf jalan, parit, kawasan pejalan kaki, memasang lampu jalan dan membina dewan orang ramai.

Sementara itu, katanya, Perak telah menerima peruntukan berjumlah RM51.6 juta (14 peratus) daripada RM368.2 juta yang telah diperuntukkan kepada PBT-PBT di seluruh negara pada tahun lalu.

Sehingga Disember 2009, sejumlah RM50 juta atau (97 peratus) telah dibelanjakan bagi melaksanakan 371 projek seluruh PBT di negeri ini.

Cho Ha berkata, selain peruntukan berupa geran tahunan, pihaknya juga menyediakan peruntukan bagi sumbangan membantu kadar (SMK) atau sumbangan cukai kerajaan Persekutuan kepada semua PBT di seluruh negara.

Saturday, February 13, 2010

恭祝大家:新年进步,万事如意!
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina!
A Happy and Prosperous Chinese New Year to All!

Saturday, February 6, 2010

Program Merakyatkan Seni Budaya 1Malaysia DUN Mentakab

Program Merakyatkan Seni Budaya 1Malaysia DUN Mentakab telah diadakan di Padang Mentakab dan dewan Sri Mentakab pada 6.2.2010. Program ini anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang dan dianjurkan bersama oleh Pejabat Daerah Temerloh, Majlis Perbandaran Temerloh dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Mentakab mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada berbagai agensi kerajaan dan orang ramai. Orang ramai telah mula berkumpul sejak 7.30 pagi. Senam seni 1Malaysia bermula pada 8.40 pagi setelah upacara perasmian dan mengambil masa 30 minit. Program-program yang berlangsung disekeliling padang dan dalam Dewan Sri Mentakab termasuk pertunjukan mainan gasing oleh pelajar SMJK Hwa Lian, pertandingan wau cantik oleh Persatuan Layang Pahang, Pertandingan mencanting batik, pertandingan mewarna logo 1Malaysia, pertandingan deklamasi puisi patriotik, pertandingan gubahan masakan dan persembahan kesenian dan kebudayaan berbilang bangsa. Persembahan gendang cina, melayu dan pertunjukan silat dan taekwondo juga diadakan.
Berikut ini ialah beberapa gambar diambil semasa program berlangsung.


















Friday, February 5, 2010

MCA: Let's move on

I like this piece from Ronnie Tan in the Malaysian Mirror. It speaks out how some of us(actually how many we don't know), really feel. We voted for you to be in the leadership, but now you choose to boycott the leadership, for whatever reason you may say.

"We are not enemies but friends. Though passion may have strained it. But it must not break our bonds of affection." We should really give it a thought.

Thursday, February 4, 2010

米都三圣宫 转型为慈善福利中心

最近,时常听到这样的字眼“转型”。国家要转型,政党要转型。(为了转型,我最近也把发型改了改,把头发剪短了,方便梳理,也算是“转型”吧!)当然,更重要的转型工作,不能只是讲爽吧了!
其实,我国那么多社团,也应该“转型”。看到光华日报报道亚罗市打(Alor Setar)一间庙宇转型为慈善福利机构,觉得这是一个很好的idea。我国华人社团几千个,尤其是乡团组织,财力物力人力庞大,却每年只是主办常年聚餐,颁发奖励金,偶尔搞些文化活动,传承文化遗产,有些连文化活动也不搞,只沦为一些领袖的山头,可以在文化事业的报纸上占据一些版位,让这些文化事业经营者卖卖一些广告。我们也常常感叹时下年轻人不热衷社团活动,那么转型也许有转机吧!假如有部分能像亚罗市打的三圣宫那样转型,肯定是华社的福祉!