Monday, June 21, 2010

KRT Taman Rimba Mentakab

Majlis Perlantikan Ahli Jawatankuasa KRT Taman Rimba Mentakab diadakan pada 21 Jun 2010 di Tadika Perpaduan, Taman Rimba Mentakab. Turut hadir ialah Pegawai Perpaduan Temerloh En. Raja Awang, Pengerusi KRT Taman Rimba En Kannan dan semua ajk.




Thursday, June 17, 2010

Help to find Nisha Chandramohan


The girl has been missing since 4 June 2010. Latest report from the police on Nisha Chandramohan from NST.

Tuesday, June 8, 2010

Program Peningkatan Pencapaian UPSR Sekolah Tamil 2010

Gabungan sekolah-sekolah Tamil Daerah Temerloh telah menganjurkan satu program untuk murid-murid yang akan menghadapi UPSR 2010. Program ini diadakan di SJKT Mentakab. Pengerusi Kelompok En R. Manokaran memberi ucapan aluan dan ucapan penutupan di sampaikann oleh ADUN Mentakab. Seramai 120 murid dari 9 buah sekolah dalam Daerah Temerloh terlibat dalam program ini.




Friday, June 4, 2010

Program LA 21 Temerloh/Mentakab

Satu program Local Agenda 21 Menanam Pokok dengan kerjasama NGO telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Temerloh pada 3 Jun 2010. Program tersebut dijalankan di ketiga-tiga kawasan perumahan, iaitu di Taman Saga, Taman Rimba dan Taman Temerloh Jaya. Setiausaha MPT En Ahmad Salhi Bin Abdul Latiff juga hadir dalam majlis tersebut. NGO yang terlibat dalam program ini termasuk KRT Taman Saga, KRT Taman Rimba dan KRT Taman Temerloh Jaya dan agensi kerajaan terlibat ialah PDRM dan Balai Bomba Temerloh dan Mentakab.






Tuesday, June 1, 2010

TNB TNB......

Dalam masa dua minggu sebelum ini, Pejabat Adun Mentakab telah terima banyak aduan tentang bil Tenaga Nasional Berhad(TNB) yang naik mendadak! Mereka mengadu bahawa bayaran yang perlu dibayar untuk bil yang terbaru ini naik dengan kadar yang mereka tidak sanggup terima.


Contohnya bagi salah satu pengadu seperti berikut:-

dari 04/02/2010 hingga 04/03.2010 Jenis N-bayaran RM 34.00; bacaan meter 10149 hingga 10305-156Kwh

dari 04/02/2010 hingga 07/04/2010 Jenis O-bayaran RM 121.94; bacaan meter 10149 hingga 10653-504Kwh

dari 07/04/2010 hingga 11/05/2010 Jenis N-bayaran RM 69.00; bacaan meter 10653 hingga 10929-276Kwh

Sebelum ini bayaran secara purata rumahnya ialah RM 32.00 hingga RM 40.00

Bayaran yang mendadak ini telah menimbulkan kesangsian dan keraguan pengguna bagaimana bacaan meter ini dilakukan dan apakah perkiraannya?

Harap semua ini dapat terjawab pada 4 Jun 2010 jam 10.00 pagi dalam satu perjumpaan dengan TNB yang diadakan di Pejabat ADUN Mentakab.