Wednesday, November 17, 2010

Pada 16/11/2010, SK Seri Tualang mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Kali ke-12 di Dewan Sekolah. Saya rasa gembira kerana dapat hadir di sekolah bagi kali kedua dalam masa tak sampai tiga minggu, kerana pada 29/10/2010, saya juga dijemput hadir untuk merasmikan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Daerah Temerloh bersama Pegawai Daerah dan Pegawai DBP di sekolah tersebut. Ini merupakan kali pertama saya hadir ke sekolah untuk Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan di sekolah ini.

SK Seri Tualang telah menunjukkan peningkatan pencapaian UPSR secara keseluruhan bagi tahun 2010, iaitu 76.79 % daripada 70.5 % tahun pada tahun 2009. Terdapat juga 4 pelajar yang mendapat 5A berbanding dengan 3 pelajar tahun lepas. Ramalan ikut "trend" yang dirumuskan oleh Guru Besar bahawa tahun 2011, pencapaian pelajar dapat 5A akan melonjak! saya berharap semoga ramalan ikut "trend" ini akan menjadi realiti dengan usaha gigih para pimpinan sekolah nanti.

Bagi pelajar-pelajar yang mencapai peringkat kecemerlangan, saya ucapkan tahniah. Keistimewaan majlis ini ialah, bagi pelajar-pelajar yang menunjukkan peningkatan dalam pencapaian subjek-subjek tertentu, pihak sekolah juga menyediakan hadiah2 bagi mereka.

Memang dalam apa jua usaha kita pun, kita perlu galakan dan pengiktirafan dari orang lain, khususnya dalam pelajaran supaya dapat kita meperolehi insentif dan daya gerak untuk maju ke depan.

Selepas ini, sekolah akan cuti panjang, adalah menjadi cabaran kepada ibubapa bagaimana mengisikan masa kelapangan anak-anak mereka. Harap tempoh cuti panjang ini tidak disia-siakan begitu sahaja. Bagi pelajar2 yang bakal memasuki sekolah menengah, adalah masa yang terbaik untuk membuat persediaan persekolahan di sekolah menengah nanti.

 
Posted by Picasa
 

pelajar-pelajar SK Seri Tualang
Posted by Picasa
 

Kehadiran Ibubapa dan guru
Posted by Picasa
 

Ucapan aluan oeh Pemangku Pengerusi PIBG
Posted by Picasa
 

Ucapan laporan oleh Guru Besar
Posted by Picasa
 

Ucapan Perasmian
Posted by Picasa
 

Persembahan koir oleh kumpulan koir SK Seri Tualang
Posted by Picasa
 

Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang
Posted by Picasa
 

YB ADUN menerima cenderahati daripada En. Awang Satip Bin Md Salleh, Guru Besar SK Seri Tualang
Posted by Picasa
En Sabri Aziz, Pemangku Pengerusi PIBG Menyampaikan Sijil Kecemerlangan kepada Pelajar
Posted by Picasa

Monday, November 15, 2010

Majlis Graduasi Kanak-Kanak Tabika Kemas DUN Mentakab 2010

Majlis Graduasi Kanak-Kanak Tabika Kemas DUN Mentakab 2010 telah diadakan pada 14 November 2010 di Kolej Komuniti Temerloh. Seramai 123 orang pelajar yang bakal memasuki Darjah 1 pada tahun 2011 telah tamat pelajaran Pra-sekolah Kemas tahun 2010. Walaupun majlis ini yang diadakan di Dewan Kuliah Kolej agak sempit sehingga ada sesetengah ibubapa tidak dapat tempat duduk tetapi suasana dalam dewan tetap riang gembira.

Selalunya ibubapa memberi lebih perhatian kepada anak-anak semasa mereka masih di bangku sekolah, khususnya di pra-sekolah dan di sekolah rendah, walau bagaimanapun, apbila anak-anak ini telah memasuki sekolah menengah, kolej atau universiti, perhatian terhadap gerak-geri anak-anak semakin kurang. Ini mungkin kerana anak-anak ini telah mempunyai rakan masing-masing dan mempunyai lebih kebebasan untuk bergerak sehingga ibubapa tidak mengetahui tingkahlaku di luar. Ibubapa perlu sentiasa mengawasi tingkahlaku anak-anak sendiri dan jangan menggunakan alasan mencari rezeki hidup sehingga anak-anak terbiar dan menjadi punca masalah sosial.

 Sambutan oleh Kumpulan Kompang

 Nyanyian Negaraku
 Dewan Kuliah yang dipenuhi ibubapa dan para hadirin
 Ucapan oleh Pengerusi JK Induk Majlis Graduasi
 Ucapan oleh Pegawai Kemas Daerah Temerloh
 Ucapan Perasmian
 Penyampaian Sijil
 Graduan2
Sesi Gambar Pegawai2, Pengerusi2 dan Guru2 Tabika

Saturday, November 13, 2010

Majlis Jamuan Ramah Mesra Deepavali di Taman Damai Taha Mentakab

Satu Majlis Jamuan Ramah Mesra Deepavali telah diadakan pada 12 November 2010 bermula jam 5 petang di Taman Damai Taha. Penduduk2 di rumah pangsa Damai Taha ini keluar beramai-ramai menyertai majlis tersebut. Ini merupakan kali pertama majlis seperti ini diadakan di perkarangan rumah pangsa tersebut. Sebenarnya program ini adalah berikutan beberapa perjumpaan dan mesyuarat saya dengan JK pendudukan Blok B dan Blok C yang baru ditubuhkan demi menjaga kebersihan dan keamanan rumah pangsa tersebut. JK Blok B dan Blok C ini diketuai oleh En Masri dan En Soh masing2. Dengan penubuhan JK ini, beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk2 telah dapat diselesaikan, kawasan sekeliling rumah pangsa ini juga menjadi lebih bersih dan nampaknya penduduk2 puas hati dengan keadaan sekarang dan sudi memberi kerjasama dengan JK. Program ini sememangnya dijadualkan semasa perbincangan semasa perjumpaan dan mesyuarat di dalam Jawatankuasa Penduduk.
Saya berterima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama menjayakan program ini.
 Penduduk2 dan orang ramai menjamu selera. Ice Cream percuma disukai ramai!

 Sesi Gambar bersama Artists2 Tempatan.

 Jamuan 1 Malaysia!

 Jamuan 1 Malaysia!

 Sesi Bergambar 1 Malaysia!

 Persembahan Tarian India oleh pelajar SM Hwa Lian.

Persembahan Tarian dari Sabah

 Artists2 yang bergaya!

Sepatah dua kata dari ADUN Mentakab!
Happy Deepavali dan Selamat Menyambut Hari Raya Haji!

Sunday, November 7, 2010

Mesyuarat JKKK Kg Penak


Sesi gambar bersama JKKK Kg Penak selepas Mesyuarat JKKK Kg Penak pada 4 November 2010 di Balairaya Kg Penak. Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar Temerloh En. Mohd Helmi Bin Ahmad juga hadir bersama menerangkan keadaan kecemaran di sekitar kampung. Pegawai Polis dari Balai Polis Mentakab juga hadir memberi makluman terbaru kepada ahli JKKK. Penghulu Mukim Mentakab En Khaidhir Azly juga hadir bersama.
Posted by Picasa

Lawatan ke Kg Bintang



Lawatan ke Kg Bintang dan memberi sedikit sumbangan kepada En. Shaari pada 5 November 2010 jam 5 ptg. Turut hadir dalam lawatan ini ialah Pengerusi JKKK Kg Bintang En. Jaafar dan Pn Rosalin, S/U JKKK yang mengaturkan lawatan tersebut. Ahli NADI Pn Saemah dan Pn Elizaberth serta Wanita Umno Kg Bintang juga menyertai lawatan tersebut.

Posted by Picasa


Oxygen Concentrator yang digunakan oleh adik Nur Syahira

Posted by Picasa

Lawatan NADI DUN Mentakab ke Taman Bkt Cermin


Pada 6 November 2010, jam 2.00 ptg, ahli NADI DUN Mentakab membuat lawatan ke rumah adik Nur Syahira di Bkt Cermin yang mengalami sakit kronik paru-paru sejak hampir dua puluh bulan yang lalu dan menghulurkan sumbangan. Lions Club Mentakab juga diaturkan untuk memberi sumbangan dan cuba dapatkan Oxygen Concentrator secara "handcarry" supaya beliau dapat pergi hadir ke sekolah seperti pelajar-pelajar lain. Beliau sekarang seharusnya menghadiri sekolah di Tinkatan 2 dan bercadang mengambil PMR tahun hadapan. Ketua Wanita MCA Bahagian Temerloh Cik Cheong Yok Kaw menyampaikan sumbangan dan disaksikan oleh ADUN Mentakab YB Dato Chuah selaku Pengerusi NADI DUN Mentakab. Turut hadir ialah pemimpin MCA dan ahli NADI Pn Saemah, Pn Chok dan Pn Chew serta Pengerusi JKKK Kg Penak En. Rahman
Posted by Picasa

Saturday, November 6, 2010

Persediaan untuk banjir di Negeri Pahang Darul Makmur

Banjir yang mungkin berlaku tahun ini akan jadi lebih teruk, walau bagaimana pun Kerajaan Negeri Pahang telah membuat persiapan bagi menghadapi keadaan banjir yang mungkin berlaku pada tahun ini dengan menyediakan pusat pemindahan. Kawasan yang sering dilanda banjir termasuk di Temerloh (123), Pekan (64) dan Kuantan (47).

Rujuk laporan berita Bernama

Monday, November 1, 2010

Bukit Cermin 的一位女孩

有时候,我听到一些丰衣足食,身体健康的年轻人埋怨生命对他们如何不公平的时候,我真是听不进去!是的,人们总是喜欢跟别人比较,而且跟获得更好待遇的人来比较。但是,在我们的周遭,有更多不止没有丰衣足食,身体健康也很糟糕的人,在祈求日常生活可以过得好一点,健康可以好一点,能够像正常人一样的生活。

今天(31/10)下午,出席了住在Bukit Cermin的一个马来友人的孩子的婚宴之后,村长带我去看望一个小女孩。这个女孩叫Nur Syahira,只有14岁,非常的瘦小。我们进去看望她时,她是背向着我们,我想她是害羞吧。仔细看时,才发觉她手脚和身上长着斑点,嘴唇和眼皮是紫色的,是缺氧的状况。这女孩必须24小时使用Oxygen Concentrator提供氧气,这Oxygen Concentrator有一个旅行箱子那么大。不然的话,她就会缺氧而喘不过气来,可能就此而断气。假如没有电供的话,他的家人就必须带她到有电供的地方让Oxygen Concentrator可以继续使用。万一真的找不到电供的地方,就需使用氧气筒为她提供氧气,这备用的氧气用筒也只能提供8个 小时的氧气,一个氧气筒费用是50令吉。对一个贫苦家庭来说,这样的负担是很沉重的!根据医生报告,她是患上肺部疾病Lung Disease – BOOP。后来我上网查了,BOOP 是指Bronchiolitis Obliterans Organizing Pneumonia。当我跟她谈话时,她向我提出一个要求,希望我可以帮她找一个可以背着的Oxygen Concentrator。我顿时觉得很难过。就问她是不是想到外面走走。她母亲帮她回答说她很想到学校去读书!她两年前患上这个疾病,整天只能坐在床上或椅子上,离不开那个提供氧气的Oxygen Concentrator。你说生命对她来说是不是很残酷?

假如你还埋怨生命对你不公平,请想想周遭那些生活在苦难中的人!生命对他们来说根本就不公平!

11月6日,州选区NADI关怀小组在下午2点前往探访这位女孩,并给予她家人一些援助,给她一些精神上的鼓励。有意前往探访和给予援助的朋友请sms /email / 留言联络本人。