Friday, July 25, 2008

Lawatan ke Kg Kuala Sanggang

Ketua Platun RELA Sanggang En. Mohamad bersama ahli platunnya telah mengadakan satu majlis penyampaian sumbangan kepada seorang ahli yang kurang upaya pada pukul 4.00 ptg, 25 Julai 2008 di Kg Kuala Sanggang. Dalam majlis tersebut, kutipan derma dan sumbangan juga disampaikan kepada penerima.
Hadir bersama dalam majlis itu ialah Pegawai RELA Temerloh, Pengerusi JKKK Kg Kuala Sanggang dan Paya Jejawi.





Sunday, July 13, 2008

Majlis Jamuan Meraikan OCS Mentakab kerana Pertukaran ke Bukit Aman

Majlis Makan Malam Meraikan OCS Mentakab Insp. Selamat kerana bertukar ke Bukit Aman diadakan pada 12 Julai 2008 di Bukit Bendera Resort.

Seramai lebih 30 orang rakan di sekitar kawasan Mentakab yang terdiri daripada kaunselor, ketua platun RELA dan ahli MCA turut hadir dalam jamuan tersebut.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed dan Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Mohamad Zulmazi Che Daud juga hadir dalam majlis jamuan tersebut.
Hadir bersama dalam majlis makan malam tersebut termasuk juga Penghulu Mentakab En. Alias Nong, Ketua Kampung Baru Mentakab En. Chow Ah Chuan dan Ketua Kampung Tg Kerayong, En. Mubin.

Majlis jamuan makan malam ini dianjurkan oleh Pejabat ADUN Mentakab.








Sunday, July 6, 2008

SMS yang saya terima

"There's a reason we separate military & the police: 1 fights the enemy of the state, other serves and protects the people. When the military becomes both, then the enemies of the state tend to become the people." Commander Adama.

Saya terima sms tersebut daripada seorang rakan, dan saya setuju dengan hujah Commander Adama tersebut. Tentera melawan musuh di hutan, melawan musuh di medan peperangan, melawan musuh di mana-mana sahaja apabila diarahkan. Sekiranya tentera berada di jalan raya, di kota, di bandar dan sedia berperang, disitulah berada musuhnya!

Kebetulan pada malam yang sama saya terima sms ini, 7 Ranger dari Kem Batu 5 Mentakab mengadakan Pertandingan Karaoke Terbuka di lapangan Gerai MPT dekat TM Point Mentakab untuk menghiburkan penduduk kawasan Mentakab/Temerloh sempena merayakan Hari Ulang Tahun ke-38 Mekanis 7 RRD itu!

Saya ucapkan terima kasih kepada Mekanis 7 RRD Kem Batu 5 kerana usaha dan inisiatif mereka!

Pertandingan Karaoke Sempena Hari Ulang Tahun 7 Ranger Mekanis Kem Batu 5 Mentakab

Pertandingan tersebut telah dimulakan pada 5 Julai 2008 hingga 6 Julai 2008 di Lapangan Gerai MPT dihadapan TM Point Mentakab.

Tujuan mengadakan pertandingan ini ialah sempena merayakan Hari Ulang Tahun ke 38 7RRD Mekanis Kem Batu 5 Mentakab, disamping itu ianya juga dapat mengeratkan silaturahim penduduk kawasan dengan pihak tentera.

Tentera membantu mempertahankan negara menentang musuh. Dalam keadaan negara aman damai, kita hanya mengingati pihak tentera apabila berlaku kecemasan seperti berlaku banjir atau berlaku bencana alam dalam kawasan.

Saya menyanjung tinggi usaha pihak tentera dalam menganjurkan program ini bagi mendekati rakyat dengan pihak tentera dan pada masa yang sama juga, memberi hiburan kepada penduduk dalam kawasan Mentakab/Temerloh.

Berikut ini beberapa gambat semasa perasmian Pertandingan Karaoke Terbuka tersebut.


Memberi Ucapan Perasmian


Para Juri


Menerima cenderamata daripada Mejar Mohd Nasri

Friday, July 4, 2008

Satu petik daripada The Sun:

Groups demand action against Tajuddin

KUALA LUMPUR (July 3, 2008) : Three groups have condemned Pasir Salak MP Datuk Tajuddin Abdul Rahman for labelling non-Malays in the country as immigrants in his debate in the Dewan Rakyat on the 9th Malaysia Plan mid-term review on Tuesday.

MCA Youth secretary-general Datuk Dr Wee Ka Siong said today the party’s legal bureau is studying the matter and will write to Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak as the Chief Whip, recommending that action be taken against Tajuddin.

"His statement contained racist elements. It had more or less hurt the feelings of the Chinese community and other non-Malays.

"Our legal bureau will look into this for the sake of preserving the solidarity within BN.

"We are all Malaysian citizens and must observe national unity. This does not have any good and could also be damaging and provoke reaction," he told a press conference at the Parliament lobby.

The press conference was also attended by representatives from Sarawak United People’s Party (SUPP) Youth and the Federation of Malaysian Clans and Guilds Youths Association which protested Tajuddin's comments.

Wee said if no action is taken against Tajuddin, they plan to lodge a police report.

Updated: 06:04PM Thu, 03 Jul 2008

Ahli Parlimen Pasir Salak YB Datuk Tajuddin Abdul Rahman ialah seorang wakil rakyat dari Negeri Perak. Beliau menang kerusi itu dengan mengalahkan calon PKR dengan majoriti 2688 undi. Diantara pengundinya, Melayu 78.95%, Cina 14.99%, India 5.58,% dan lain-lain 0.48%.

Saya percaya selain daripada pengundi Melayu, ada di antara pengundi Cina, India dan lain-lain yang memberi undi kepada beliau supaya beliau dapat menang dan menjadi wakil rakyat bagi kawasan itu.

Sekarang pengundi-pengundi yang inilah beliau anggap sebagai pendatang! Apakah logik YB Datuk Tajuddin Abdul Rahman?

Apabila kita bercakap, hendaklah berhati-hati, janganlah sehingga apa yang diluahkan itu menyakitkan hati orang lain, menyinggung perasaan orang lain, merosakkan perhubungan baik antara kaum dalam negara, mencetuskan kontroversi, menakutkan penyokong-penyokong kita.

Saya amat setuju sekiranya YB Datuk Tajuddin Abdul Rahman diambil tindakan disiplin!

Wednesday, July 2, 2008

Apa yang penting?

Kalau kamu tanya soalan itu kepada seratus orang, kamu akan dapat beberatus jawapan.

Memang betul.

Oleh kerana apa yang penting kepada seseorang itu mungkin tidak penting kepada seseorang lain. Masa itulah yang sangat penting.

Sekarang ialah musim bagi pelajar-pelajar yang dapat tawaran memasuki universiti dan kolej. Yang penting sekali bagi ibubapa yang berpendapatan kurang dan tiada simpanan ialah memastikan anak mereka dapat tambang pergi ke kolej dan universiti, dapat bayar yuran pendaftaran yang beratus atau beribu, dan macam-macam hal berkaitan dengan kemasukan anak ke kolej dan universiti.

Yang penting mulai 1 Julai 2008 ialah bagaimana boleh menjimat penggunaan kuasa letrik supaya tidak perlu bayar lebih apabila bil TNB sampai nanti.


Yang tak penting bagi mereka ialah hal-hal yang langsung tak ada kaitan dengan masalah mereka buat masa sekarang, siapa yang berada di tempat kejadian semasa wanita Mongolia itu dibunuh, atau apa yang berlaku ke atas Mohd Saiful Buhkari dan lain-lain hal yang hanya menjadi buat mulut di kedai kopi.

Hal-hal yang penting ialah hal-hal yang ada kaitan dengan diri kita sendiri.

Sekiranya seseorang itu ialah pemimpin dalam parti politik, yang penting baginya ialah dalam pemilihan parti akan datang itu, kedudukannya dalam parti kemudian boleh kekal atau tidak. Siapa yang berpotensi untuk mencabar kedudukannya dan hal-hal berkaitan dengan kepentingan dirinya.

Masalah kita selalunya ialah kita letak prioriti kita dengan susunan yang salah!

Apa yang penting bagi awak?