Sunday, June 17, 2012

Projek Amal Prihatin oleh Jelajah Desa

12.6.2012 Kg Chatin- Projek Amal Prihatin oleh Jelajah Desa
Gotong Royong tersebut diadakan untuk membina rumah lindungan bagi keluarga Nurul Shazreeana di Kg Chatin.

Majlis penyerahan secara rasmi ini diadakan pada sebelah petang pada 12 Jun 2012. Semua orang dapat menyumbang sedikit sebanyak untuk menjayakan projek ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Hadir bersama dalam majlis ini ialah Penghulu Mentakab Sdr Khaidhir Azly, Tok4 Kg Chatin En Rashid, Tok4 Kg Penak En Abdul Rahman, Pengerusi Jelajah Pn Rosna, Penyelia Kemas Pn Nor Zailiah Razali, Keluarga Nurul Shazreeana dan rakan2 serta penduduk kampung.









Friday, June 1, 2012

31.5.2012 Kg Chatin Mentakab-
Jom Makan Jagung II anjuran bersama Komuniti 1 Malaysia Mukim Mentakab 11, JKKK Kg Chatin, Pejabat Pertanian Daerah Temerloh dan Jelajah Desa 2012.

 Ramai rakan hadir bersama dalam program tersebut termasuk Pengerusi Program Tok Penghulu Khaidhir Azly, En Ahmad Rani dari Pejabat Pertanian, En Hamzah Osman dari Jabatan Penerangan, Tok4 Kg Chatin, Kg Mambang Berulang, Kg Penak, Kg Tg Kerayong dan juga rakan2 dari KEMAS, Jab Pertanian, Jab Penerangan dan penduduk2 kampung.