Thursday, June 12, 2008

Laporan Sinaran Hari pada 12 Jun 2008 membawa liputan mengenai bahagian jalan rosak dekat Kg Gantuk.

Pengguna desak JKR segera baiki jalan

MENTAKAB – Pengguna mendesak Jabatan Kerja Raya (JKR) membaiki laluan utama Temerloh-Mentakab berhampiran simpang ke Kampung Gantok yang rosak sejak enam bulan lalu di sini. Seorang pengguna, Amran Uda, 34, berkata kegagalan JKR menyelesaikan masalah itu mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan lain.



Berikut ini adalah jawapan bertulis kepada soalan saya semasa Dewan Undangan Negeri Pahang bersidang pada 20 hingga 27 Mei 2008:

Soalan ADUN Mentakab

Jalan Temerloh - Mentakab telah mengalami kerosakan di bahagian dekat Kg Gantuk pada bulan Disember 2007 menyebabkan sebahagian jalan ditutup. Sehingga hari ini tiada nampak pun kerja-kerja pemulihan dan pembaikan dijalankan. Apakah tanggungjawab dan tugas Jabatan Kerja Raya(JKR) dalam perkara ini?

Jawapan

Kos rekabentuk semula perlu dibuat kerana kos rekabentuk asal oleh konsultan adalah terlalu tinggi iaitu 6.5 juta. Peruntukan asal adalah RM 2.1 juta sahaja.

Kerajaan telah melantik kontraktor Harapan Jati Sdn Bhd Kelas A, untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan secara kecemasan mengikut Arahan Perbendaharaan Klausa 55 dengan anggaran asal sebanyak RM 2.5 juta pada 9 Januari 2008.

Oleh kerana keruntuhan tersebut melibatkan komplikasi dan berisiko tinggi kerja-kerja rekabentuk perlu mendapat persetujuan dan pengesahan Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Kerja-kerja pembaikan cerun runtuh tersebut dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat dan dapat disiapkan pada penghujung tahun 2008.

Komen saya:

Kadang-kadang jawapan pula akan timbulkan lagi banyak soalan, Sdr Amran Uda sebagai pengguna jalan raya tersebut telah menimbulkan persoalannya, saya percaya beribu lebih lagi pengguna jalan raya tersebut yang tidak ditemubual oleh pemberita Sinar Harian ini boleh timbulkan seribu satu lagi soalan mengenai masalah yang mereka hadapi setiap hari ini.

Soalan Pertama: Tidak sanggupkah kontraktor berkenaan melaksanakan kerja tersebut dengan peruntukan asal yang dijangkakan oleh JKR RM2.1 juta, duit banyak itu? Silap JKR ke?

soalan.....

No comments: