Thursday, December 10, 2009
'Laluan maut' ancam penduduk-Utusan Online
Utusan Online ada satu lapuran mengenai Jambatan Keretapi Mentakab di mana papan-papan atas lantai mengalami kerosakan dab merbahayakan pengguna. Sebenarnya seorang penderma telah menderma sebanyak 75 keping papan berjumlah melebihi RM 7000.00 untuk menggantikan papan yang sedia ada setelah saya memaklumkan dan mohon kepada beliau desaknya keperluan menggantikan papan-papan itu dan papan itu telah berada di tapak tersebut semasa lawatan kami pada 2/12/2009. YB Ahli Parlimen Datuk Saifuddin Abdullah pula sedia membayar upah berjumlah RM 4,000.00 bagi membiayai kerja tersebut. Kini, kerja membaiki papan-papan di Jambatan Keretapi tersebut sedang dijalankan. Semua ini adalah usaha dan kerjasama semua pihak khususnya daripada kerajaan dan orang peseorangan yang sudi membantu menyelesaikan masalah rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment