Dalam masa dua minggu sebelum ini, Pejabat Adun Mentakab telah terima banyak aduan tentang bil Tenaga Nasional Berhad(TNB) yang naik mendadak! Mereka mengadu bahawa bayaran yang perlu dibayar untuk bil yang terbaru ini naik dengan kadar yang mereka tidak sanggup terima.
Contohnya bagi salah satu pengadu seperti berikut:-
dari 04/02/2010 hingga 04/03.2010 Jenis N-bayaran RM 34.00; bacaan meter 10149 hingga 10305-156Kwh
dari 04/02/2010 hingga 07/04/2010 Jenis O-bayaran RM 121.94; bacaan meter 10149 hingga 10653-504Kwh
dari 07/04/2010 hingga 11/05/2010 Jenis N-bayaran RM 69.00; bacaan meter 10653 hingga 10929-276Kwh
Sebelum ini bayaran secara purata rumahnya ialah RM 32.00 hingga RM 40.00
Bayaran yang mendadak ini telah menimbulkan kesangsian dan keraguan pengguna bagaimana bacaan meter ini dilakukan dan apakah perkiraannya?
Harap semua ini dapat terjawab pada 4 Jun 2010 jam 10.00 pagi dalam satu perjumpaan dengan TNB yang diadakan di Pejabat ADUN Mentakab.
No comments:
Post a Comment