Thursday, March 17, 2011

Lawatan ke Felcra Berhala Gantang

Saya telah melawat ke Pejabat Felcra Berhala Gantang(FBG) pada 15/3/2011 petang untuk meninjau keadaan banjir yang telah berlaku sejak Sabtu lepas. Jalan menuju ke pejabat FBG telah putus hubungan dan bahagian jalan yang ditenggelami air adalah sejauh 2 km. Saya dapat memasuki ke Pejabat FBG dengan menggunakan jalan pertanian melalui Kg Bacap dengan 4WD. Kami telah menghantar bekalan makanan kepada mereka semalam dalam kawasan tersebut. Difahamkan air cuma surut sedikit berbanding dengan 3 hari yang lepas. Harap keadaan normal dapat dipulihkan secepat mungkin.




Gambar bersama Pengurus FBG En Abdullah Musa dan kakitangan di depan pejabat

No comments: