Wednesday, April 27, 2011

Lawatan YB Dato Seri Liow Tiong Lai ke Kg Baru Mentakab

Pada26/4/2011, YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia telah membuat lawatan kerja ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh dan seterusnya ke Klinik Kesihatan Bandar Mentakab untuk memahami keadaan pembangunan di kedua-dua tempat ini.
Beliau telah mendengar taklimat oleh pegawai-pegawai kesihatan dan setelah itu beliau juga memberi nasihat dan pandangan terhadap perkembangan dan hasrat rakyat setempat yang dikemukakan oleh wakil rakyat.

Hadir bersama dalam lawatan kerja YB Menteri tersebut ialah YB Dato Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Temerloh dan YB Dato Chuah Boon Seong, Adun Mentakab.

Beliau juga berjumpa dengan pemimpin MCA dan wakil-wakil NGOs seramai melebihi 250 orang di sebuah restoran dan bertukar-tukar fikiran dengan pemimpin-pemimpin yang hadir bersama sebelum bertolak menemu wakil-wakil gereja di Mentakab Methodist Church di Kampung Baru Mentakab.

Selepas itu, beliau juga mengambil kesempatan untuk meramah mesra dengan penduduk-penduduk di kedai kopi di Kampung Baru Mentakab. Dalam perjumpaan tersebut, beliau telah diminta untuk membantu dua orang warga mas untuk menerima rawatan pembedahan mata di hospital.

Penduduk-penduduk merasa suka hati kerana dapat bertemu dengan YB Menteri yang merupakan kali pertamanya menghadir ke situ.



YB Dato Seri Liow Tiong Lai memberi ucapan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah




Kampung Baru Mentakab




Sesi dialog dengan ahli gereja



Sesi dialog dengan ahli-ahli gereja




Ramah Mesra dengan penduduk-penduduk Kampung Baru Mentakab


Ramah mesra dengan penduduk-penduduk Kampung Baru Mentakab


Monday, April 18, 2011

Lawatan ke Bukit Cermin

Lawatan ke rumah adik Nur Syahira di Bukit Cermin bersama Lions Club Mentakab dan membawa buku-buku rujukan Tingkatan 3 yang didermakan oleh Lions Club Mentakab pada 16 April 2011. Adik Mur Syahira nampaknya lebih ceria dan keadaan bertambah baik. Hadir bersama dalam lawatan tersebut ialah Tok4 Kg Penak En Rahman, Sdr Lau Poh Soon Presiden Lions Club Mentakab dan Sdr Yeap Kang Keong dan ahli Lions Mentakab.

 
Posted by Picasa

Sunday, April 17, 2011

Gotong Royong Kg Tg Kerayong

Gotong Royong anjuran bersama Jabatan Kesihatan Temerloh dengan sokongan dan kerjasama daripada Kem Batu 3, Majlis Perbandaran Temerloh, Alam Flora dan semua penduduk kampung Tanjung Kerayong pada pagi 17 April 2011. Satu usaha yang dilakukan oleh JKKK demi menjamin kesihatan orang kampung dan tidak diancam oleh nyamok aedes.





Sunday, April 10, 2011

Say No to Plastic Bags campaign in TF Value-Mart

The "Say No to Plastic Bags" campaign was organized by Rotary Club Temerloh in TF Value-Mart Mentakab. One thousand recycle bags were given to the public coming to patronize TF Value-Mart on the morning on 9 April 2011. The campaign was to promote to use less plastic bags and instead use the recycle bags that were given to them when shopping.

Earlier, The ceremony of "Kempen Turun Harga" was held in front of the TF Value-Mart. Attending the ceremony were representatives from Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna and the TF Value-Mart Manager Mr Koh.





Saturday, April 2, 2011

Lawatan ke Kolam Air Bkt Hospital Mentakab

Pagi tadi (2/4/2011) selepas satu program ramah mesra dengan penduduk2 Taman Tualang Indah, saya pergi melawat Kolam Air Bukit Hospital Mentakab dan Rumah Pam Taman Bukit Bendera untuk meninjau keadaan bekalan air dan kemasukan bekalan air di kedua-dua tempat itu.

Sehingga pagi ini, saya masih terima aduan melalui sms dan FB yang tempat2 tertentu bekalan air tidak normal(air ada mengalir dari paip walaupun tekanan rendah).

Setelah lawatan ke Kolam Air Bukit Hospital Mentakab, saya dapati kemasukan bekalan air yang "direct" dari Loji Lubuk Kawah ke Kolam Air Bukit Mentakab adalah normal, begitu juga Rumah Pam di Bukit Bendera adalah seperti biasa, tidak mengalami apa2 masalah yang luar jangkaan.

Kemungkinan tekanan air rendah yang dialami oleh kawasan2 tertentu (kawasan yg tinggi dan berjauhan) disebabkan penduduk2 di kawasan rendah menggunakan jumlah air yg banyak dan menyimpan air kerana ketakutan air akan terputus lagi.

Sekiranya kita menggunakan air seperti biasa, tidak seharusnya kawasan2 tertentu mengalami kekurangan air ini.

Saya berharap orang ramai tidak perlu panik dan jangan mendengar khabar angin dan menyimpan air di rumah. JBA memang sediakan tangki air untuk kegunaan yang luar biasa seperti kenduri dan tempat2 tertentu yang memerlukan atas permintaan.

Kita juga faham dalam keadaan luar biasa, manusia akan bertindak tidak rasional seperti pernah berlaku di Negeri China dimana ada orang membeli dan menyimpan garam yang boleh digunakan sehingga 3/4 tahaun pun tak habis apabila mendegar khabar angin apa yang berlaku dengan Nuklear Reactor di Jepun setelah gempa bumi dan tsunami dan "mempercayai" kebaikan/kebolehan garam menentang radiation itu.(Masalah Nuklear Reactor di Jepun juga membawa kesan kepada pembelian garam oleh orang ramai di China! Walaupun ini nampaknya "absurd" tapi benar!)

Pegawai JBA En Basri dan En Salleh serta juruteknik mekanik dan letrik turut hadir menerangkan keadaan dalam lawatan tersebut.






Gambar menunjukkan kemasukan air ke Kolam Air di Bkt Hospital Mentakab