Wednesday, April 27, 2011

Lawatan YB Dato Seri Liow Tiong Lai ke Kg Baru Mentakab

Pada26/4/2011, YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia telah membuat lawatan kerja ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh dan seterusnya ke Klinik Kesihatan Bandar Mentakab untuk memahami keadaan pembangunan di kedua-dua tempat ini.
Beliau telah mendengar taklimat oleh pegawai-pegawai kesihatan dan setelah itu beliau juga memberi nasihat dan pandangan terhadap perkembangan dan hasrat rakyat setempat yang dikemukakan oleh wakil rakyat.

Hadir bersama dalam lawatan kerja YB Menteri tersebut ialah YB Dato Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Temerloh dan YB Dato Chuah Boon Seong, Adun Mentakab.

Beliau juga berjumpa dengan pemimpin MCA dan wakil-wakil NGOs seramai melebihi 250 orang di sebuah restoran dan bertukar-tukar fikiran dengan pemimpin-pemimpin yang hadir bersama sebelum bertolak menemu wakil-wakil gereja di Mentakab Methodist Church di Kampung Baru Mentakab.

Selepas itu, beliau juga mengambil kesempatan untuk meramah mesra dengan penduduk-penduduk di kedai kopi di Kampung Baru Mentakab. Dalam perjumpaan tersebut, beliau telah diminta untuk membantu dua orang warga mas untuk menerima rawatan pembedahan mata di hospital.

Penduduk-penduduk merasa suka hati kerana dapat bertemu dengan YB Menteri yang merupakan kali pertamanya menghadir ke situ.



YB Dato Seri Liow Tiong Lai memberi ucapan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah




Kampung Baru Mentakab




Sesi dialog dengan ahli gereja



Sesi dialog dengan ahli-ahli gereja




Ramah Mesra dengan penduduk-penduduk Kampung Baru Mentakab


Ramah mesra dengan penduduk-penduduk Kampung Baru Mentakab


3 comments:

dianlong said...

harap dpt selesaikan masalah yg telah lama dihadapi oleh penduduk kg baru mentakab dgn cepat terutama pada paip air yg sebegitu lama tak naikkan tarafnya!

Yapkok Hwee said...

Kepada ketua MCA Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai,
Kami ingin memberitahu bahawa ketua cawangan MCA Gombak YIP KUM FOOK dan ketua pemuda MCA Gombak YIP JIUN HANN, nama mereka sangat kotor di masyarakat Cina sebab mereka halau Sami Buddha keluar dari BUDDHA KUIL SAMNAK SAMBODHI, 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, kepong, Kuala Lumpur.
Untuk kemenangan pilihan kecil, Calon BN PRK DUN Kajang: Datin Paduka Chew Mei Fun, kami harap peminpin MCA dan parti komponen BN, jauhkan orang yang tersebut di atas dan atau YIP KUM FOOK & ASSOCIATES NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR Tel: 03-62723689 , 03-62723678
Kalau tidak parti MCA tentu akan kalah dengan lincin
Sekian, Terima Kasih
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

SUI CHIN said...

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang dihormati,

Dengan hormatnya sini, Kami ingin memaklumkan bahawa YIP KUM FOOK(YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) dan anaknya YIP JIUN HANN yang berjalan tugas sebagai lawyer di alamat : NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR & LOT 3.55, KOMPLEKS DESA BATU 8, JALAN KEPONG 52100 KUALA LUMPUR (YIP JIUN HANN & ASSOCIATES)

Harap semua rakyat Malaysia mengambil perhatian dan jauhkan orang yang tersebut kerana jangan terkena tipu

Mereka sangat jahat dan hatinya hitam(kejam), sanggup menipu wang wanita, merosak keluarga orang lain dan sendirinya memakan wang Temple, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, dan berpura-pura merepot ke polis resit hilang.........harap perhatian

Sekian dimaklumkan,
Terima Kasih

SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES
KAMI HANTAR MESEJ INI SEBAB RAMAI ORANG KENA TIPU DAN PEMINTASAN DI KEPONG...HARAP ORANG RAMAI BERJAGA-JAGA DENGAN MEREKA TERSEBUT