Friday, August 8, 2008
Pemberian Wang Ehsan Kerajaan Negeri Pahang
Pemberian wang ehsan bantuan kepada warga miskin telah diadakan pada 7 Ogos 2008 mulai jam 9.00 pagi di Dewan Sri Mentakab. Mereka terdiri daripada golongan ibu tunggal yang bertanggung ramai, OKU, warga mas yang miskin, anak yatim dan sebagainya.
Seramai 625 orang telah menerima bantuan ini dan setiap individu menerima RM400.
Ini bukan kali pertama Kerajaan Negeri Pahang memberi bantuan kepada warga Pahang dan saya percaya ini juga bukan kali terakhir Kerajaan Negeri Pahang memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya.

Monday, August 4, 2008
Sukan gabungan 4 TABIKA Kemas
Sukan gabungan TABIKA Kemas telah diadakan pada 3 Ogos 2008 di Taman Setia Jasa. Keempat-empat tabika ini dari Taman Setia Jasa, Teluk Ira, Tg Besar dan Kg Bintang.
Pengerusi program ini ialah Pn Norizan Yusoff.
Program seperti ini dapat mengeratkan silaturahim penduduk-penduduk dari berbagai kawasan dan memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong. Ramai ibubapa berserta anak mereka hadir dan mengambil bahagian dalam program ini. Kelas TABIKA anjuran Kemas ini adalah usaha kerajaan memantapkan sistem pendidikan pra-sekolah dan harus dapat sokongan daripada rakyat.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi KRT Taman Setia Jasa En. Abdul Rashid Bin Omar, Pengerusi JKKK Kg TELUK Ira En Mat Pilus Bin Mat Taha, Pengerusi JKKK Kg Bintang En Jaafar Md Taib, Pengerusi JKKK Tg Besar En Kamaruzaman Bin Abd Ghani dan ahli jawatankuasa KRT Tmn Setia Jasa.

Subscribe to:
Posts (Atom)