Monday, August 4, 2008

Sukan gabungan 4 TABIKA Kemas

Sukan gabungan TABIKA Kemas telah diadakan pada 3 Ogos 2008 di Taman Setia Jasa. Keempat-empat tabika ini dari Taman Setia Jasa, Teluk Ira, Tg Besar dan Kg Bintang.
Pengerusi program ini ialah Pn Norizan Yusoff.

Program seperti ini dapat mengeratkan silaturahim penduduk-penduduk dari berbagai kawasan dan memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong. Ramai ibubapa berserta anak mereka hadir dan mengambil bahagian dalam program ini. Kelas TABIKA anjuran Kemas ini adalah usaha kerajaan memantapkan sistem pendidikan pra-sekolah dan harus dapat sokongan daripada rakyat.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi KRT Taman Setia Jasa En. Abdul Rashid Bin Omar, Pengerusi JKKK Kg TELUK Ira En Mat Pilus Bin Mat Taha, Pengerusi JKKK Kg Bintang En Jaafar Md Taib, Pengerusi JKKK Tg Besar En Kamaruzaman Bin Abd Ghani dan ahli jawatankuasa KRT Tmn Setia Jasa.







No comments: