Petang tadi, kami adakan satu mesyuarat di Pejabat ADUN Mentakab, berbincangan mengenai masalah tuntutan seorang tuanpunya tanah yang berasal dari Tg Kerayong Mentakab yang ikut katanya jalan yang sedia ada telah mecerobuhi tanahnya di sebelah jambatan Tg Kerayong Mentakab. Jalan yang digunapakai ini sebenarnya telah wujud sejak 1992.
Beliau menuntut sebanyak RM 20,000 pampasan daripada mereka yang terdiri daripada pekebun kecil, pemaju-pemaju pekebun, penoreh-penoreh getah dan lain-lain yang mengunakan jalan itu setiap hari. RM 20,000 itu satu jumlah yang besar. Kami kena kenalpasti bahawa jalan yang dikatakan terceroboh itu betul-betul tanahnya. Jumalah yang dituntut itu pun kena dibincang semula dengan mereka yang menggunakan jalan tersebut.
Selepas perbincangan di Pejabat ADUN, kami bertolak untuk membuat lawatan tapak. Dengan menggunakan bacaan meter kereta saya, saya dapati jarak yang dikatakan dicerobohi itu lebig kurang 300 meter. Walau bagaimana pun, saya juga difahami, jalan itu mungkin terletak di atas tanah yang tuanpunya yang berlainan. Oleh itu, saya minta Tok4 En Mubin dan wakil pekebun kecil untuk mengadakan pengukuran sempadan dengan kerjasama pegawai dari Pejabat Tanah dan JKR demi memastikan sempadan sebenar supaya tidak mengelirukan dan tidak mendatangkan masalah kemudian, sempena mencari penyelesaian masalah tuntutan ini.
Pada masa yang sama, kami juga menghubungi pegawai teknikal dari Pejabat Daerah untuk memastikan jalan alternatif dan membuat anggaran kos mungkin terlibat sekiranya perlu adakan jalan alternatif pada masa depan.
Semasa berada di situ, kami juga meninjau keadaan struktur Jambatan Tg Kerayong yang melintas Sg Semantan dan didapati maintenance perlu diadakan secepat mungkin untuk menjamin keselamatan pengguna jambatan tersebut. Kelihatan hakisan tanah disebelah jambatan memang serius dan pegawai JPS telah pun membuat lawatan dan sedang mengambil tindakan memperbaiki keadaan.Kerajaan memang sentiasa peka kepada kehendak rakyat.
Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan. Harap perkara seperti ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
No comments:
Post a Comment