Wednesday, December 16, 2009

Lagi berita mengenai keretapi, kali ini dari Kuala Lumpur ke Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Baru

Study On East Coast Rail Route In Progress

KUALA LUMPUR, Dec 14 (Bernama) -- The East Coast Economic Region (ECER) Development Council is conducting a study on the proposed East Coast Rail Route to improve the rail transport system in the region.

Deputy Transport Minister Datuk Abdul Rahim Bakri said the study covers rail linking the Klang Valley to Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu and Kota Baharu.

"The study's outcome will allow the government to set the track alignment and determine the type of train service for the East Coast," he said in reply to a question by Senator Fatimah Hamat in Dewan Negara here on Monday.

Fatimah wanted to know whether the government planned to conduct a study on rail service linking Terengganu to Pahang and Kelantan.

Abdul Rahim said the government had plans to improve the rail transport system in the East Coast of the peninsula.

-- BERNAMA

Thursday, December 10, 2009

Tempat Pejalan Kaki Jambatan Keretapi Mentakab Siap Dibaiki

Petang ini(10/1/2/2009) kami melawat Jambatan Keretapi Mentakab seperti yang dilaporkan yang papan-papannya perlu dibaiki demi menjaga keselamatan pengguna jambatan itu. Kerja membaikinya telah bermula pada Jumaat lepas(4/12/2009) dan hari ini(10/12/2009) kerja pun telah siap. Kami mengucapkan banyak terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam kerja membaiki jambatan keretapi ini.




'Laluan maut' ancam penduduk-Utusan Online


Utusan Online ada satu lapuran mengenai Jambatan Keretapi Mentakab di mana papan-papan atas lantai mengalami kerosakan dab merbahayakan pengguna. Sebenarnya seorang penderma telah menderma sebanyak 75 keping papan berjumlah melebihi RM 7000.00 untuk menggantikan papan yang sedia ada setelah saya memaklumkan dan mohon kepada beliau desaknya keperluan menggantikan papan-papan itu dan papan itu telah berada di tapak tersebut semasa lawatan kami pada 2/12/2009. YB Ahli Parlimen Datuk Saifuddin Abdullah pula sedia membayar upah berjumlah RM 4,000.00 bagi membiayai kerja tersebut. Kini, kerja membaiki papan-papan di Jambatan Keretapi tersebut sedang dijalankan. Semua ini adalah usaha dan kerjasama semua pihak khususnya daripada kerajaan dan orang peseorangan yang sudi membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Monday, December 7, 2009

Program "Nur Bestari" anjuran Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Parlimen Temerloh

Program "Nur Bestari" anjuran Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Parlimen Temerloh telah di adakan pada 5 Disember 2009. Kursus Mengurangkan "stress" dan ceramah persolekan diadakan bagi peserta kaum wanita yang terlibat. El-Maa Beauty dari Bandar Baru Kerayong, Bera, telah dijemput untuk memberi khidmat nasihat dan pertunjukan dalam ceramah persolekan tersebut. Penceramah oleh seorang anak tempatan, seorang doktor dari Kg Tanjung Kerayong pula dijemput untuk memberi ceramah mengenai pengurusan mengurangkan "stress" dalam rumahtangga bagi kaum wanita.



Majlis Berkhatan Perdana di DUN Mentakab

Majlis Berkhatan Perdana anjuran JKKK Mambang Berulang, JKKK Penak dan JKKK Chatin yang diadakan pada 5 Disember 2009 dan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Temerloh.

Seramai 36 kanak-kanak antara umur 9-12 tahun daripada ketiga-tiga JKKK kampung tersebut diraikan dan mengambil bahagian, turut hadir dalam majlis tersebut ialah ibubapa kanak-kanak tersebut, En. Anuar ADO Daerah Temerloh, Sdr Mohamad Anuar Yunus Naib Ketua Umno, En. Khaidhir Azly Baharudin Penghulu Mentakab.