Saturday, February 20, 2010

Kolej Komuniti Temerloh dengan kerjasama kolej-kolej komuniti dalam Kawasan Wilayah Timur telah mengadakan Futsal 1Malaysia 2010 di One Touch Futsal di Temerloh bermula 20 Feb 2010. Futsal 1Malaysia ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada komuniti tempatan dan IPTA, IPTS, politeknik serta Kolej Komuniti Kawasan Wilayah Timur termasuk mereka yang datang dari Bera, Lipis, Raub dan Terengganu. Sebanyak 76 team telah mengambil bahagian dalam majlis pertandingan ini. Aktiviti ini selain memperkenalkan kolej-kolej komuniti dan kursus-kursus yang ditawarkan, ianya juga memperkenalkan lagi konsep 1Malaysia yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Pengarah Kolej Komuniti Temerloh Encik Abdul Razak Sabtu dan pengarah-pengarah Kolej Komuniti dalam negeri Pahang hadir bersama.

 
Posted by Picasa

No comments: