Saturday, February 6, 2010

Program Merakyatkan Seni Budaya 1Malaysia DUN Mentakab

Program Merakyatkan Seni Budaya 1Malaysia DUN Mentakab telah diadakan di Padang Mentakab dan dewan Sri Mentakab pada 6.2.2010. Program ini anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang dan dianjurkan bersama oleh Pejabat Daerah Temerloh, Majlis Perbandaran Temerloh dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Mentakab mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada berbagai agensi kerajaan dan orang ramai. Orang ramai telah mula berkumpul sejak 7.30 pagi. Senam seni 1Malaysia bermula pada 8.40 pagi setelah upacara perasmian dan mengambil masa 30 minit. Program-program yang berlangsung disekeliling padang dan dalam Dewan Sri Mentakab termasuk pertunjukan mainan gasing oleh pelajar SMJK Hwa Lian, pertandingan wau cantik oleh Persatuan Layang Pahang, Pertandingan mencanting batik, pertandingan mewarna logo 1Malaysia, pertandingan deklamasi puisi patriotik, pertandingan gubahan masakan dan persembahan kesenian dan kebudayaan berbilang bangsa. Persembahan gendang cina, melayu dan pertunjukan silat dan taekwondo juga diadakan.
Berikut ini ialah beberapa gambar diambil semasa program berlangsung.


















No comments: