Tuesday, August 3, 2010

Taman Damai Taha

Jawatankuasa Penduduk Blok C Taman Damai Taha telah ditubuhkan pada 2 Ogos 2010. Saya rasa amat sukacita melihat penduduk-penduduk akhirnya dapat bekerjasama dan membentuk satu jawatamkuasa untuk menjaga kepentingan bersama komuniti Blok C Taman Damai Taha ini. Langkah pertama saya dapat membantu mereka ialah memasang lampu-lampu pada ketiga tangga-tangga dalam bangunan Blok ini. Saya harap pemasangan lampu-lampu ini dapat dilaksanakan dalam masa sebulan, termasuk memasang meter TNB untuk awam.
Dalam mesyuarat tersebut, semua penduduk yang hadir juga bersetuju membayar RM10/= sebagai permulaan dan seterusnya RM3/= selepas itu setiap bulan. Saya telah lama memujuk mereka untuk membentuk jawatankuasa dan akhirnya ini telah menjadi kenyataan.

Mesyuarat perjumpaan dan pembentukan JK Penduduk Blok B Taman Damai Taha juga akan diadakan pada 6 Ogos 2010 pada jam 8.30 malam di bangunan disebelah. Saya sungguh berharap pembentukan JK baru ini dapat membantu penduduk-penduduk dalam menikmati keadaan sekeliling yang lebih selesa dan selamat.

Saya amat berharap semua penduduk dapat bekerjasama menjayakan semua program yang akan dilaksanakan oleh JK Penduduk.

 
Posted by Picasa

No comments: