1 Ogos 2001-Sekumpulan pelajar UiTM Shah Alam telah membuat lawatan ke Kg Paya Mengkuang, sebuah kampung Orang Asli yang terletak tidak jauh dari Toll Temerloh. Kehadiran pelajar-pelajar UiTM ini bersama penduduk-penduduk untuk bergotong-royong mengecat bangunan Balai Raya serta menceriakan kawasan sekitar kampung ini adalah sangat dialu-alukan. Sungguh saya berharap bahawa lawatan pelajar-pelajar IPTA ini akan dapat kenangan manis dan disamping itu, dapat merangsangkan anak-anak dalam kampung ini supaya menghajatkan pendidikan yang lebih tinggi demi memperbaiki kehidupan masa depan mereka.
No comments:
Post a Comment