Wednesday, January 19, 2011

Majlis Ramah Mesra bersama ahli sukarelawan Persatuan Longevitology

Satu Majlis Ramah Mesra bersama ahli sukarelawan Persatuan Longevitology Cawangan Kg Baru Mentakab sempena pemberian sumbangan kepada warga mas demi merayakan Tahun Baru Cina 2011 di MCA Cawangan Kg Baru Mentakab telah diadakan pada 18 Jan 2011 di Bangunan MCA Cawangan Kg Baru Mentakab.

Peserta warga mas dan sukarelawan mengambil gambar bersama menunjukkan sokongan konsep 1Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.

Persatuan Longevitology Cawangan Kg Baru ini bertujuan memberi rawatan secara sukarela yang tersendiri serupa "qigong" kepada mereka yang mengidap kesakitan badan dan khursusnya warga mas demi memperbaiki keadaan kesihatan mereka.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Kampung Baru Mentakab, Ketua Wanita Bahagian MCA Temerloh, Ketua Cawangan Kg Baru Mentakab dan ahli-ahli MCA dan JKKK Kg Baru Mentakab.
Posted by Picasa

No comments: