Saturday, January 22, 2011

Pembaharuan Lesen Perniagaan Majlis Perbandaran Temerloh dan Saman Parking

Baru-baru ini, pembaharuan lesen perniagaan Majlis Perbandaran Temerloh(MPT) telah menjadi satu isu dikalangan peniaga-peniaga di Mentakab dan Temerloh.

Memang apabila sampai hujung tahun dan sebelum akhir bulan Februari, peniaga-peniaga akan membaharui lesen perniagaan MPT masing-masing, dan selama ini ianya tidak menjadi isu langsung. Walau bagaimana pun, pada hujung tahun 2010, apabila sebilangan peniaga pergi membaharui lesen perniagaan MPT mereka, didapati bahawa mereka tidak dapat membuat demikian, alasannya yang diberi di kaunter MPT ialah mereka masih terdapat saman-saman parking yang masih belum dijelaskan. Peniaga-peniaga yang ingin membaharui lesen mereka dikehendaki membayar atau menjelaskan semua hutang parking sebelum mereka dibenarkan membaharui lesen perniagaan MPT mereka.

Kaunselor MCA Temerloh pada 6 Januari 2010 telah pun mengadakan sesi dialog dan  menghantar memorandum kepada Yang DiPertua  MPT untuk menyatakan bantahan tersebut. Walau bagaimana pun, dalam minggu yang kedua, saya difahamkan bahawa selepas perbincangan dalaman MPT, keputusan bahawa pembaharuan lesen perniagaan MPT mengaitkan dengan pembayaran saman parking dikekalkan.

Keputusan ini memang mengecewakan!

Sebenarnya, berita mengenai isu ini telah sampaikan kepada saya sebagai wakil rakyat DUN Mentakab.
Saya juga menyampaikan isu ini kepada pihak atasan supaya ditangani secepat mungkin.
Saya berpendapat pembaharuan lesen perniagaan dan saman parking MPT adalah dua perkara yang berasingan. Adalah menjadi tanggungjawab peniaga-peniaga untuk membaharui lesen mereka apabila sampai masanya, jikalau mereka tidak berbuat demikian, adalah menjadi satu kesalahan disisi undang-undang dan mereka akan dikenakan saman pula!

Kutipan lesen perniagaan MPT memang menjadi satu punca pendapatan seperti cukai taksiran dan lain-lain bayaran bagi MPT demi membiayai perbelanjaan gaji kakitangan MPT dan kos pembangunan dalam kawasan seliaan MPT. Akan tetapi dengan mengaitkan saman-saman parking yang masih belum dijelaskan oleh tuan punya pemegang lesen perniagaan dan memaksa mereka menjelaskan sama-saman parking  yang dikenakan adalah "taktik" yang kurang tepat.

Pada pendapat saya, MPT seharusnya membawa mereka yang enggan membayar saman-saman parking ini ke mahkamah demi menuntut apa yang dihutang dan bukan dengan cara sedemikian! Saya masih memerlukan sokongan bukti bahawa MPT tidak membenarkan pembaharuan lesen perniagaan sebelum membayar saman-saman parking ini adalah sah disisi undang-undang.

Satu sesi perjumpaan dengan ahli-ahli Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Daerah Temerloh  dan Persatuan Penjaja dan Peniaga Mentakab telah pun diadakan pada 13 Januari 2011 di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Daerah Temerloh. Dalam perjumpaan tersebut, saya lagi terkejut apabila diberitahu bahawa terdapat juga peniaga-peniaga yang dikenakan saman-saman tanpa pengetahuan mereka langsung. Saman-saman ini berjumlah beribu-ribu.

Sebelum ini mereka juga tidak pernah  menerima sebarang surat pemberitahuan ataus notis bayaran, mereka cuma mengetahui bahawa mereka "terhutang" saman-saman tersebut apabila pergi ke kaunter pembayaran dan ingin membaharui lesen perniagaan mereka. Ini serupa saman ekor! Saya boleh rasa betapa marah perasaana mereka ini, kerana kalau saya dikenakan layanan sedemikian, saya juga akan marah!

Saya setuju, kalau seseorang letak kereta tanpa menunjukkan kupon parking adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan saman! Saya masih ingat saya juga pernah dikenakan satu notis parking dan saman beberapa tahun yang lepas apabila saya pergi ke Melaka dan notis saman itu hantar ke alamat tempat tinggal saya. Saya jelaskan saman tersebut dengan bayaran cek melalui surat dan hantar ke pihak berkenaan.

Saya setuju, kalau premis perniagaan melanggar syarat perniagaan, lesen perniagaan MPT tidak dibenarkan diperbaharui sebelum syarat-syarat diakuri, saya setuju, kalau premis perniagaan kotor dan tuan pemegang lesen tidak hirau nasihat/notis pihak berkuasa tempatan, lesen perniagaan MPT tidak dibenarkan diperbaharui sebelum saman berkenaan dijelaskan, saya setuju, kalau premis perniagaan mejalankan aktiviti tidak sihat/gelap dan tidak dibenarkan membaharui lesen perniagaan MPT, banyak lagi  perkara-perkara yang saya boleh setujui asalkan ianya mempunyai alasan yang boleh kita terima dan menyakinkan diri kita sendiri!

Dalam hal ini, MPT hendaklah kaji mengapa penduduk-penduduk di sekitar Mentakab dan Temerloh enggan membayar saman-saman yang dikenakan dan sekarang pula ada saman-saman yang dikenakan tanpa pengetahuan tuan punya kereta.

Dalam beberapa hari yang lepas, saya juga terima aduan-aduan mengenai saman yang tanpa pengetahuan ini, ada satu kes dimana syarikat yang kongsi oleh dua orang rakan tidak dapat membaharui lesen perniagaan MPT kerana nama pemegang lesen itu dikenaan saman parking yang belum dibayar sedangkan rakan kongsi yang lain itu tidak ada sabit dalam saman parking ini!

YAB Perdana Menteri mahu Rakyat Diahulukan, kita sokong gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan. Dalam perkara yang saya sebut tadi, siapa yang didahulukan?

Janganlah sampai peringkat “官逼民反" yang pernah berlaku dalam sejarah-sejarah dinasti dunia yang pernah melalui era kecemerlangan dan kegemilangan!

No comments: