Tuesday, July 5, 2011

Gotong Royong di Taman Sagumpas Mentakab

Penduduk2 di Taman Sagumpas mengadakan Gotong Royong pada 3 Julai 2011. Aktiviti gotong royong ini diadakan demi menjaga kebersihan di sekeliling taman perumahan dan surau dalam taman ini. Pengerusi surau Ustaz Karim, Pengerusi JKKK Tg Kerayong En Abdul Mubin, Ketua Wanita Umno Dato Siti Rokiah serta penduduk2 dalam taman hadir bersama menjayakan aktiviti tersebut.

Walaupun kita tinggal di taman, semangat dan tradisi untuk bergotong royong tetap dikekalkan. Turut hadir membantu dan memberi kerjasama dalam aktiviti gotong royong ini ialah Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab, Alam Flora dan MPT.


Penduduk2 Taman Sagumpas bergotong royong!
Posted by Picasa

No comments: