Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat: Pemeriksaan Kesihatan Paya Mengkuang
Tarikh: 24.3.2012
Masa: 3pm
Tempat: Kg Paya Mengkuang
Dengan kerjasama Klinik Kesihatan Sanggang, 1MCA Foundation dan Pejabat ADUN Mentakab, Program Pemeriksaan Kesihatan telah diadakan di Paya Mengkuang.
Kanak2 dari kelas SOLS 24/7 Paya Mengkuang juga mengambil bahagian dalam acara tarian untuk menghibur para hadirin.
Dalam masa dua jam tersebut, Orang Asli Kg Paya Mengkuang diperkenalkan dan diberi taklimat oleh Dr Jafri dari Klinik Kesihatan Sanggang dan mereka menunjukkan minat dengan mengambil bahagian dalam khidmat pemeriksaan yang diadakan.
Sdr Akow dan Batin Idris juga memberi ucapan mengalu-alukan kehadiran 1MCA Foundation dan Klinik Kesihatan Sanggang dalam program tersebut.