11.11.2012 Program Gotong Royong di Taman Damai Taha
Seramai melebihi 150 orang termasuk penduduk tempatan, ahli RELA, anggota Balai Bomba Mentakab, pegawai PPSPPA, petugas Alam Flora, pegawai Majlis Perbandaran Temerloh, ahli MCA, ahli MIC serta pelajar Anugerah Remaja Perdana telah mengambil bahagian dalam gotong royong teersebut.
Program Gotong Royong ini bermula jam 8 pagi, dengan taklimat ringkas oleh pegawai Kesihatan Daerah Temerloh mengenai kepentingan pencegahan demam denggi, dikuti dengan ucapan ringkas Pengawai Balai Bomba Mentakab mengenai pentingnya pencegahan kebakaran dan keselematannya. Program ini adalah anjuran Pejabat ADUN Mentakab dengan kerjasama agensi kerajaan dan dirasmikan oleh YB Dato Chuah Boon Seong.
Dalam gotong royong ini, terdapat beberapa unit dalam rumah pangsa yang tanpa penghuni dipenuhi dengan sampah sarah. Kemudahan di kawasan sekeliling yang perlu dibaiki termasuk jalan dan longkang yang rosak juga dicatat oleh pegawai Majlis Perbandaran Temerloh yang hadir bersama untuk diambil tindakan nanti. Cadangan untuk perbaiki sistem saliran longkang juga dicatat dan diberi perhatian oleh MPT.
Kerja Gotong Royong ini juga meliputi Taman Orkid yang bersebelahan dengan Taman Damai Taha.
Kerjasama antara penduduk memang sangat penting khususnya apabila tinggal di dalam rumah pangsa kerana seseorang yang tidak kerjasama akan mendatangkan masalah kepada semua orang lain. Semangat kerjasama yang sepenuhnya telah saya dapat lihat dalam program gotong royong ini, dan saya sungguh harap ianya dapat dikekalkan selepas ini.
Tanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama dan buka semata-matanya bergantung kepada pihak berkuasa.
Turut hadir dalam program gotong royong ini termasuk Ketua MIC Bahagian Temerloh Dato Sivalingam, Ketua Wanita MCA Bahagian Temerloh Cik Chong Yak Kaw, Setiausaha MCA Bahagian Temerloh merangkap Pegawai Perkampungan Baru Daerah Temerloh, Bendahari MCA Bahagian Temerloh Sdr Au Tong Hai, Ketua Cawangan MIC Tmn Taha Sdr Selvanayagam, Ketua Balai Bomba En Kamaruddin, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh.