Saturday, November 10, 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah

Nama program yang diadakan itu mungkin berbeza, tetapi tujuannya tetap sama. 

Pada 8 dan 9 haribulan November ini, saya telah dijemput dan hadir ke 3 buah sekolah dalam kawasan DUN Mentakab untuk bersama dengan guru-guru, murid-murid dan ibubapa dalam majlis yang diadakan pada penghujung tahun persekolah ini. 

Di sini, kita dapat menyaksikan persembahan daripada pelajar-pelajar termasuk juga pelajar pra-sekolah yang penuh dengan suasana riang gembira. 

Bagi pelajar-pelajar, pergi ke sekolah harus menjadi sesuatu yang menggembirakan, menuntut ilmu memang sesuatu yang menggembirakan, lebih-lebih lagi dapat bertemu, bersua bermain bersama dengan rakan-rakan lain. Begitu juga dengan orang dewasa, kita pergi bekerja, di bandar, di kebun, di ladang, di kilang, di mana-mana sahaja, pergi mencari rezeki untuk menampung keperluan kita dan keluarga kita. Ianya juga harus jadi sesuatu yang menggembirakan, akan tetapi...

Akan tetapi apabila mencari rezeki hidup ini menjadi sesuatu yang menyeksa, menduka hati, mengelirukan, "confused", ianya tetap bukan sesuatu yang menggembirakan. 

Mencari ketenteraman hati memang menjadi impian manusia sejak beribu-ribu tahun yang lepas, dan manusia masih asyik mencari, mananya ketenteraman hati ini?

Ianya tetap di dalam hati, mana lagi nak pergi cari!

Sekolah mulai bercuti panjang, moga murid-murid yang telah graduated dan bakal melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah ini akan mencapai kecemerlangan di peringkat sekolah menengah, di kolej, di universiti dan di mana-mana sahaja dan dapat berbakti seterusnya nanti.

 Hari Anugerah Kecemerlangan SK Abu Bakar-nampak murid-murid riang gembira memberi persembahan di pentas.

 Hari Anugerah Kecemerlangan SK Abu Bakar-persembahan kumpalan murid yang lain...

 Hari Anugerah Kecemerlangan SK Abu Bakar-seorang murid India yang bersajak dalam Bahasa Mandarin

 Anugerah Hari Kualiti SK Sanggang Seberang-persembahan kumpulan koir

 Anugerah Hari Kualiti SK Sanggang Seberang-penyampaian hadiah cenderahati oleh YDP PIBG kpd seorang cikgu.

 Anugerah Hari Kualiti SK Sanggang Seberang-ucapan Guru Besar yang penuh semangat

 Hari Penyampaian Hadiah SJKT Yeow Cheng Luan-14 orang murid pra-sekolah yanag telah graduated

  Hari Penyampaian Hadiah SJKT Yeow Cheng Luan-Penderma En Goh menyampaiakan hadiah.

 Hari Penyampaian Hadiah SJKT Yeow Cheng Luan-persembahan tarian cina oleh kumpulan murid.