Friday, November 23, 2012

你明白了,就表示你老了,也表示有智慧了...


 不同的年龄,对生活有不同的需求。
人在生活中有各种各样的需求,物质上的,精神上的,有的人需求多,有的人需求少,是因人而异的。

上个星期在一个结婚宴会上,跟一位前辈朋友同座,虽然他只是比我大几年,却是我相当尊敬的人。我们谈了很多,谈起他一位朋友,在出国公干途中,只是因在旅店跌倒而差点没命的经过。其中有一句,我回想,跟他相处多年,还是第一次听到他这么说的,他说做人不用太执着。我是相当同意的。

 有些事是50以后才会明白的,你明白了,那就表示你老了,老并不可怕,老是智慧的象征。

谨以上述剪报送给那些50以后的朋友。

Thursday, November 22, 2012

事实是对于恶意攻击的最好盾牌

我可以原谅那些无意而犯下的错误 的人,对于那些不知头尾而评论的人,我也不放在心上,但是对于那些故意错误解读,再加上恶意攻击他人的那些人,我找不到原谅他们的理由。

无意而犯下错误也许是无知,也许是被利用而不知觉,不知头尾而评论只是像那些“半夜吃黄瓜”的人,但是故意错误解读,恶意攻击他人是故作无知,是存有恶意的。我认为这些存有恶意的人存在的唯一理由,只是突出这世间的是非善恶而已。

不论你是挂着多么庄严的面具,讲着多么伟大的话语,都是有所针对,有所祈求。在政治上,有所针对,有所祈求,也没有错,是非对错,也许也不是那么重要,但善恶还是挺重要的。

事实是对于恶意攻击的最好盾牌。公道还是自在人心。




Tuesday, November 20, 2012

感受不一样,理解和反应就不同。在这里,感受先于理解......

20.11.2012 Kg Paya Mengkuang

Sebuah rumah milik En Halim Bin Saadon di Kampung Paya Mengkuang terhempas pokok pada malam 19.11.2012.

Sebahagian besar rumah beliau rosak dihempas pokok yang besar. Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab telah berusaha dan membantu mengergajikan pokok besar itu.

Walaupun rumah terhempas pokok dan beliau mengalami kerugian besar, saya nampak beliau terima bencana ini dengan hati yang terbuka! Beliau tidak pun minta apa yang saya boleh bantu tapi dalam hati saya, saya tetap akan bantu beliau dan juga dengan permohonan kepada Tabung Bencana Alam!

Dalam dunia ini, kerana perbezaan perasaan dan emosi kita mengenai sesuatu yang berlaku, reaksi kita terbawa-bawa, sehingga kadang-kadang, kita fikir dunia sudah mahu kiamat! Inilah perangai sesetengah insan yang MODEN!

因为感受的程度不一样,理解和情绪上的反应就不同。现代人稍微受到一点刺激,就以为世界末日!




Sunday, November 11, 2012

Gotong Royong Taman Damai Taha

11.11.2012 Program Gotong Royong di Taman Damai Taha

Seramai melebihi 150 orang termasuk penduduk tempatan, ahli RELA, anggota Balai Bomba Mentakab, pegawai PPSPPA, petugas Alam Flora, pegawai Majlis Perbandaran Temerloh, ahli MCA, ahli MIC serta pelajar Anugerah Remaja Perdana telah mengambil bahagian dalam gotong royong teersebut.

Program Gotong Royong ini bermula jam 8 pagi, dengan taklimat ringkas oleh pegawai Kesihatan Daerah Temerloh mengenai kepentingan pencegahan demam denggi, dikuti dengan ucapan ringkas Pengawai Balai Bomba Mentakab mengenai pentingnya pencegahan kebakaran dan keselematannya. Program ini adalah anjuran Pejabat ADUN Mentakab dengan kerjasama agensi kerajaan dan dirasmikan oleh YB Dato Chuah Boon Seong.

Dalam gotong royong ini, terdapat beberapa unit dalam rumah pangsa yang tanpa penghuni dipenuhi dengan sampah sarah. Kemudahan di kawasan sekeliling yang perlu dibaiki termasuk jalan dan longkang yang rosak juga dicatat oleh pegawai Majlis Perbandaran Temerloh yang hadir bersama untuk diambil tindakan nanti.  Cadangan untuk perbaiki sistem saliran longkang juga dicatat dan diberi perhatian oleh MPT. 

Kerja Gotong Royong ini juga meliputi Taman Orkid yang bersebelahan dengan Taman Damai Taha.

Kerjasama antara penduduk memang sangat penting khususnya apabila tinggal di dalam rumah pangsa kerana seseorang yang tidak kerjasama akan mendatangkan masalah kepada semua orang lain. Semangat kerjasama yang sepenuhnya telah saya dapat lihat dalam program gotong royong ini, dan saya sungguh harap ianya dapat dikekalkan selepas ini.

Tanggungjawab menjaga  kebersihan dan keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama dan buka semata-matanya bergantung kepada pihak berkuasa.

Turut hadir dalam program gotong royong ini termasuk Ketua MIC Bahagian Temerloh Dato Sivalingam, Ketua Wanita MCA Bahagian Temerloh Cik Chong Yak Kaw, Setiausaha MCA Bahagian Temerloh merangkap Pegawai Perkampungan Baru Daerah Temerloh, Bendahari MCA Bahagian Temerloh Sdr Au Tong Hai, Ketua Cawangan MIC Tmn Taha Sdr Selvanayagam, Ketua Balai Bomba En Kamaruddin, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh.










































Saturday, November 10, 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah

Nama program yang diadakan itu mungkin berbeza, tetapi tujuannya tetap sama. 

Pada 8 dan 9 haribulan November ini, saya telah dijemput dan hadir ke 3 buah sekolah dalam kawasan DUN Mentakab untuk bersama dengan guru-guru, murid-murid dan ibubapa dalam majlis yang diadakan pada penghujung tahun persekolah ini. 

Di sini, kita dapat menyaksikan persembahan daripada pelajar-pelajar termasuk juga pelajar pra-sekolah yang penuh dengan suasana riang gembira. 

Bagi pelajar-pelajar, pergi ke sekolah harus menjadi sesuatu yang menggembirakan, menuntut ilmu memang sesuatu yang menggembirakan, lebih-lebih lagi dapat bertemu, bersua bermain bersama dengan rakan-rakan lain. Begitu juga dengan orang dewasa, kita pergi bekerja, di bandar, di kebun, di ladang, di kilang, di mana-mana sahaja, pergi mencari rezeki untuk menampung keperluan kita dan keluarga kita. Ianya juga harus jadi sesuatu yang menggembirakan, akan tetapi...

Akan tetapi apabila mencari rezeki hidup ini menjadi sesuatu yang menyeksa, menduka hati, mengelirukan, "confused", ianya tetap bukan sesuatu yang menggembirakan. 

Mencari ketenteraman hati memang menjadi impian manusia sejak beribu-ribu tahun yang lepas, dan manusia masih asyik mencari, mananya ketenteraman hati ini?

Ianya tetap di dalam hati, mana lagi nak pergi cari!

Sekolah mulai bercuti panjang, moga murid-murid yang telah graduated dan bakal melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah ini akan mencapai kecemerlangan di peringkat sekolah menengah, di kolej, di universiti dan di mana-mana sahaja dan dapat berbakti seterusnya nanti.

 Hari Anugerah Kecemerlangan SK Abu Bakar-nampak murid-murid riang gembira memberi persembahan di pentas.

 Hari Anugerah Kecemerlangan SK Abu Bakar-persembahan kumpalan murid yang lain...

 Hari Anugerah Kecemerlangan SK Abu Bakar-seorang murid India yang bersajak dalam Bahasa Mandarin

 Anugerah Hari Kualiti SK Sanggang Seberang-persembahan kumpulan koir

 Anugerah Hari Kualiti SK Sanggang Seberang-penyampaian hadiah cenderahati oleh YDP PIBG kpd seorang cikgu.

 Anugerah Hari Kualiti SK Sanggang Seberang-ucapan Guru Besar yang penuh semangat

 Hari Penyampaian Hadiah SJKT Yeow Cheng Luan-14 orang murid pra-sekolah yanag telah graduated

  Hari Penyampaian Hadiah SJKT Yeow Cheng Luan-Penderma En Goh menyampaiakan hadiah.

 Hari Penyampaian Hadiah SJKT Yeow Cheng Luan-persembahan tarian cina oleh kumpulan murid.