Showing posts with label Kemas. Show all posts
Showing posts with label Kemas. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Program Lawatan Di Kg Penak Mentakab

Dalam hidup ini, kita sentiasa dengar banyak rungutan, dari mereka yang sihat, yang berada, yang mempunyai ramai kawan disekeliling, yang bernasib baik, yang tak dapat kita lihat apa lagi kekurangan diri mereka, rungut tentang layanan yang tidak memuashati mereka. Sedangkan dikeliling kita ini, ramai lagi yang menderita, yang menangis dalam hati, yang kesunyian, yang tak ada orang atau saudara mara yang nak hirau mereka.

Dunia ini nak kita katakan adil juga tak adil! Tapi dalam masa kita terimanya, kita sambil memperbaikinya. Itulah yang kita boleh lakukan. Kita cuma perlu hulurkan sedikit masa, sedikit tenaga, sedikit sunyuman demi memperkayakan mereka dan ahli2 keluarga mereka yang selama ini dalam penderitaan.

Syabas diucapkan kepada rakan2 Kemas yang datang melawat ke Kg Penak dalam program lawatan pada petang 9 November 2011.

Moga mereka dapat rasa mereka ini memang tidak terbiar atau tercicir dalam usaha kita sedang membina satu masyarakat yang penuh kasih sayang ini.






Wednesday, November 2, 2011

Sukaneka Gabungan Tabika Kemas DUN Mentakab

Sukaneka Gabungan Tabika Kemas DUN Mentakab (Zone 3) telah diadakan pada 30 Oktober 2011 mulai jam 8.00 pagi di Dewan Sri Mentakab.

Seramai 9 Tabika dan 160 murid mengambil bahagian dalam majlis sukaneka ini. Ramai ibubapa juga hadir bersama dan menyaksikan perjalanan acara-acara sukaneka ini.

Program serupa ini adalah seperti hari keluarga di mana ibubapa bersama anak2 sekeluarga hadir dalam satu majlis dan sama2 menikmati bersama kesukaan dan suasana riang gembira.













Monday, November 15, 2010

Majlis Graduasi Kanak-Kanak Tabika Kemas DUN Mentakab 2010

Majlis Graduasi Kanak-Kanak Tabika Kemas DUN Mentakab 2010 telah diadakan pada 14 November 2010 di Kolej Komuniti Temerloh. Seramai 123 orang pelajar yang bakal memasuki Darjah 1 pada tahun 2011 telah tamat pelajaran Pra-sekolah Kemas tahun 2010. Walaupun majlis ini yang diadakan di Dewan Kuliah Kolej agak sempit sehingga ada sesetengah ibubapa tidak dapat tempat duduk tetapi suasana dalam dewan tetap riang gembira.

Selalunya ibubapa memberi lebih perhatian kepada anak-anak semasa mereka masih di bangku sekolah, khususnya di pra-sekolah dan di sekolah rendah, walau bagaimanapun, apbila anak-anak ini telah memasuki sekolah menengah, kolej atau universiti, perhatian terhadap gerak-geri anak-anak semakin kurang. Ini mungkin kerana anak-anak ini telah mempunyai rakan masing-masing dan mempunyai lebih kebebasan untuk bergerak sehingga ibubapa tidak mengetahui tingkahlaku di luar. Ibubapa perlu sentiasa mengawasi tingkahlaku anak-anak sendiri dan jangan menggunakan alasan mencari rezeki hidup sehingga anak-anak terbiar dan menjadi punca masalah sosial.

 Sambutan oleh Kumpulan Kompang

 Nyanyian Negaraku
 Dewan Kuliah yang dipenuhi ibubapa dan para hadirin
 Ucapan oleh Pengerusi JK Induk Majlis Graduasi
 Ucapan oleh Pegawai Kemas Daerah Temerloh
 Ucapan Perasmian
 Penyampaian Sijil
 Graduan2
Sesi Gambar Pegawai2, Pengerusi2 dan Guru2 Tabika