Monday, November 15, 2010

Majlis Graduasi Kanak-Kanak Tabika Kemas DUN Mentakab 2010

Majlis Graduasi Kanak-Kanak Tabika Kemas DUN Mentakab 2010 telah diadakan pada 14 November 2010 di Kolej Komuniti Temerloh. Seramai 123 orang pelajar yang bakal memasuki Darjah 1 pada tahun 2011 telah tamat pelajaran Pra-sekolah Kemas tahun 2010. Walaupun majlis ini yang diadakan di Dewan Kuliah Kolej agak sempit sehingga ada sesetengah ibubapa tidak dapat tempat duduk tetapi suasana dalam dewan tetap riang gembira.

Selalunya ibubapa memberi lebih perhatian kepada anak-anak semasa mereka masih di bangku sekolah, khususnya di pra-sekolah dan di sekolah rendah, walau bagaimanapun, apbila anak-anak ini telah memasuki sekolah menengah, kolej atau universiti, perhatian terhadap gerak-geri anak-anak semakin kurang. Ini mungkin kerana anak-anak ini telah mempunyai rakan masing-masing dan mempunyai lebih kebebasan untuk bergerak sehingga ibubapa tidak mengetahui tingkahlaku di luar. Ibubapa perlu sentiasa mengawasi tingkahlaku anak-anak sendiri dan jangan menggunakan alasan mencari rezeki hidup sehingga anak-anak terbiar dan menjadi punca masalah sosial.

 Sambutan oleh Kumpulan Kompang

 Nyanyian Negaraku
 Dewan Kuliah yang dipenuhi ibubapa dan para hadirin
 Ucapan oleh Pengerusi JK Induk Majlis Graduasi
 Ucapan oleh Pegawai Kemas Daerah Temerloh
 Ucapan Perasmian
 Penyampaian Sijil
 Graduan2
Sesi Gambar Pegawai2, Pengerusi2 dan Guru2 Tabika

No comments: