Wednesday, August 20, 2008

Majlis Meraikan Veteran Umno dan Pemberian Sumbangan kepada Ibu Tunggal, OKU dan Warga Mas di Taman Tualang Indah.

Majlis ini dianjurkan oleh Umno Cawangan Taman Tualang Indah dengan usaha dan kerjasama oleh Pn Sarinah, Ketua Wanita Cawangan dan barisan AJKnya serta bantuan dan kerjasama daripada Ketua Cawangan Sdr Ramli Yusoff, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri. YB Senator Hajjah Siti Rokiah juga hadir dan memberi ucapan dalam majlis tersebut. Pengerusi KRT Taman Tualang Indah Sdr Sabri Aziz juga hadir dan menyampaikan cabutan bertuah kepada yang bertuah.

Usaha seperti ini dapat mengenal jasa bakti dan budi sumbangan mereka yang selama ini berbakti kepada pembangunan negara dan khususnya pembangunan kawasan ini. Usaha seperti ini bukan sahaja dapat mempereratkan perhubungan antara ahli-ahli pertubuhan, disamping itu, memelihara mereka yang kurang bernasib baik dalam masyarakat kita.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Sdr Raja Shamsul, AJK Umno Bahagian Temerloh.

 
Posted by Picasa

No comments: