Majlis Pelepasan Kontijen Sempena Sukan Remaja Pahang 2009 diadakan pada jam 10.30 pagi pada 19 Jun 2009 di Stadium Temerloh. Sepasukan peserta telah bertolak awal semalam demi menyertai acara-acara majlis sukan tersebut. Sejumlah 228 peserta akan menyertai Majlis Sukan Remaja Pahang yang diadakan di Stadium Rakan Muda Jengka, Bandar Tun Razak Jengka, Maran jam 5.00 ptg yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang pada 20 Jun 2009.
Adalah menjadi harapan semoga peserta-peserta dari Daerah Temerloh ini dapat memperbaiki kedudukan dan mencapai kecemerlangan dalam kejohanan sukan tersebut. Majulah Sukan Daerah Temerloh.
1 comment:
yb nampak mudalah,,,
Post a Comment