Friday, April 30, 2010

Ramah Mesra Kawasan Rukun Tetangga Taman-Taman Perumahan Bahagia Temerloh

Satu Majlis Ramah Mesra Kawasan Rukun Tetangga Taman Perumahan Bahagia Temerloh telah diadakan pada 25 April 2010 di Pusat Rukun Tetangga tersebut.

Dalam majlis tersebut, pegawai dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Temerloh En Raja Awang Bin Raja Ahmad memberi ceramah mengenai gagasan 1Malaysia, diikuti oleh ucapan oleh Pengerusi KRT Taman Perumahan Bahagia Tn Haji Mat Taha Bin Marjan dan saya sendiri.

Saya rasa terharu kerana mengikut Tn Haji Mat Taha, ini merupakan terujung kalinya seorang wakil rakayt menjejak ke Pusat KRT tersebut. Saya amat berterima kasih kerana diberi penghormatan ini.

Walaupun peserta majlis itu tidak ramai dan Taman Bahagia pun bukan dalam kawasan DUN saya, saya hadir cuma hendak memberi semangat dan sokongan kepada usaha pegawai Perpaduan dalam menjelaskan lagi gagasan 1Malaysia dan juga kepada KRT yang merupakan NGO di akar umbi yang akan memainkan peranan dan menjalankan tugas mereka.





No comments: