Tuesday, April 6, 2010

Kompleks Sukan DUN Mentakab


Pagi ini (6/4) kami telah melawat tapak pembinaan Kompleks Sukan DUN Mentakab di Taman Tunas. Ini adalah kompleks sukan di bawah rancangan Kementerian Belia dan Sukan yang kedua dibina di DUN Mentakab. Kompleks Sukan pertama telah siap dibina di Kg Teluk Ira depan SK Teluk Ira. Tujuan pembinaan ini ialah memberi ruangan aktiviti sukan kepada para belia supaya mereka dapat menggunakan kemudahan asas sukan demi melapangkan masa di samping mempertingkatkan lagi kemahiran sukan berkenaan.

Tujuan kami membuat lawatan tersebut untuk meninjau keadaan tapak supaya kerja pembinaan tersebut tiada halangan dan boleh memula secepat mungkin. Beberapa orang penduduk yang tinggal di sekitar juga keluar memberi pandangan terhadap projek ini. Nampaknya mereka memberi sambutan baik terhadapnya. Sebagai wakil rakyat Kawasan ini, saya sungguh berharap kemudahan aktiviti sukan ini akan dapat sambutan baik daripada penduduk dan khususnya para belia dalam kawasan ini.

Kompleks Sukan ini siap nanti akan menyediakan Gelanggang Bola Keranjang, Futsal dan Bola Tampar. Terdapat juga kemudahan bilik air bagi pengguna.


Lokasi Kompleks Sukan DUN Mentakab di Teluk Ira



Lokasi tapak kompleks sukan ini dapat dicari dengan menggunakan Google Map

No comments: