Sampailah kita ke akhir tahun 2010. Pada ketika ini, biasalah untuk renung dan nilai semula apa yang kita telah buat dan yang telah usahakan sepanjang tahun ini. Macam cikgu menilai karya dan kerja murid, tapi untuk ini, kita kena nilai kita sendiri, dengan jujur dan ikhlas, samada kita lulus atau gagal, baik atau buruk. Dan dari segi perasaan, samada lebih kita senyum ketawa atau susah hati dan sedih, samada kita lebih menyusahkan orang atau lebih menyenangkan orang, samada apabila kita ditemui orang, kita lebih disukai atau ditakuti dikejam. Dari segi kesihatan, samada keadaan kita lebih baik atau lebih kurang. Dari segi politik, samada kita lebih kuat atau lebih lemah. Dari segi mencapai hasrat dan hajat, samada kita lebih dekat atau lebih jauh.
Hendaklah kita jujur terhadap semua ini, samada disebut atau tidak, samada terfikir atau tidak, kerana akhir-akhirnya, kita akan ternilai.
No comments:
Post a Comment