Wednesday, November 17, 2010

Pada 16/11/2010, SK Seri Tualang mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Kali ke-12 di Dewan Sekolah. Saya rasa gembira kerana dapat hadir di sekolah bagi kali kedua dalam masa tak sampai tiga minggu, kerana pada 29/10/2010, saya juga dijemput hadir untuk merasmikan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Daerah Temerloh bersama Pegawai Daerah dan Pegawai DBP di sekolah tersebut. Ini merupakan kali pertama saya hadir ke sekolah untuk Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan di sekolah ini.

SK Seri Tualang telah menunjukkan peningkatan pencapaian UPSR secara keseluruhan bagi tahun 2010, iaitu 76.79 % daripada 70.5 % tahun pada tahun 2009. Terdapat juga 4 pelajar yang mendapat 5A berbanding dengan 3 pelajar tahun lepas. Ramalan ikut "trend" yang dirumuskan oleh Guru Besar bahawa tahun 2011, pencapaian pelajar dapat 5A akan melonjak! saya berharap semoga ramalan ikut "trend" ini akan menjadi realiti dengan usaha gigih para pimpinan sekolah nanti.

Bagi pelajar-pelajar yang mencapai peringkat kecemerlangan, saya ucapkan tahniah. Keistimewaan majlis ini ialah, bagi pelajar-pelajar yang menunjukkan peningkatan dalam pencapaian subjek-subjek tertentu, pihak sekolah juga menyediakan hadiah2 bagi mereka.

Memang dalam apa jua usaha kita pun, kita perlu galakan dan pengiktirafan dari orang lain, khususnya dalam pelajaran supaya dapat kita meperolehi insentif dan daya gerak untuk maju ke depan.

Selepas ini, sekolah akan cuti panjang, adalah menjadi cabaran kepada ibubapa bagaimana mengisikan masa kelapangan anak-anak mereka. Harap tempoh cuti panjang ini tidak disia-siakan begitu sahaja. Bagi pelajar2 yang bakal memasuki sekolah menengah, adalah masa yang terbaik untuk membuat persediaan persekolahan di sekolah menengah nanti.

 
Posted by Picasa

No comments: