Thursday, September 15, 2011

Kempen Cara Hidup Sihat anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh

"Cegah Obesiti, Tahu BMI Anda"

Majlis Kempen Cara Hidup Sihat dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri sempena menyambut Kemerdekaan ke-54 yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh diadakan di Klinik Kesihatan Bandar Mentakab pada 14 September 2011.

Program ini dimulakan dengan ucapan aluan dan Selamat Hari Raya oleh Yang Berbahagia Dr Azuwa Bin Haji Arif, Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh.

Semua unit klinik kesihatan dalam daerah Temerloh telah hadir dan memberi persembahan dalam majlis tersebut. Ada nyanyian kumpulan, tarian serta persembahan Nasyid.

Para jemputan juga dilayan dengan hidangan makan hari raya seperti lemang, rendang, nasi minyak dan kuih-muih.

Majlis ini dirasmikan oleh YB ADUN Mentakab, Dato Chuah Boon Seong.