Saturday, September 17, 2011

Lawatan ke Tapak Jalan Alternatif keluar Kampung Baru Mentakab

Pada 15 September 2011, jam 11.30 pagi, kami telah melawat ke tapak cadangan jalan alternatif keluar Kg Baru Mentakab.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mencari laluan yang paling sesuai untuk jalan alternatif seperti yang diminta kepada YAB Timbalan Perdana Menteri semasa beliau melawat Kg Baru Mentakab baru2 ini.

Sebenarnya cadangan jalan alternatif ini telah pun di bawa kepada perhatian Pejabat Daerah dan Tanah sebelum ini, cuma angaran kos dan tapak laluan sebenar hendak saya kenalpasti supaya ianya dapat memenuhi hasrat penduduk2 kampung baru seperti yang dikehendaki dan tidak timbulkan masalah kemudian.

Setelah lawatan ini, kami telah kenalpasti jalan tersebut melalui tanah kerajaan dan tidak perlu mengases tanak milik ditepi sebuah kilang tepung dan tanak milik tanaman yang sedia ada.

Walau bagaimanapun, pegawai yang turut hadir dalam lawatan ini, Pn Salina dan TA akan kaji dari segi sempadan tanah bagi jalan alternatif dan menyediakan anggaran kos yang terlibat dan membantu demi menjayakan projek tersebut.

Cadangan jalan alternatif ini adalah kerana pada akhir tahun 2007, apabila banjir besar berlaku, jalan utama keluar dari Kampung Baru Mentakab telah terputus akibat banjir dan pada masa itu, penduduk2 terpaksa membuka satu jalan alternatif sementara yang berliku-liku yang sangat sempit untuk keluar dari kampung baru ini.

Memang menjadi harapan penduduk2 Kampung Baru Mentakab supaya cadangan jalan alternatif ini dapat manjadi satu kenyataan dalam masa terdekat mungkin.