Thursday, May 15, 2008



"Jambatan baru" Tanjung Kerayong Mentakab telah siap, tetapi hanya selepas melebihi 3 tahun!

Kelewatan siapnya jambatan ini menyebabkan seramai lebih kurang 300 pengguna daripada Kg Tanjung Kerayong dan Kg Baru Mentakab yang perlu kerja berulang alik ke seberang sungai untuk berkebun dan menoreh getah terpaksa menggunakan jalan melalui Kg Gantuk yang makan masa lebih 30 minit.

Bagaimana undi BN tak merosot? PRU 12 menunjukkan peti undi merosot dari Kg Tanjung Kerayong dan Kg Baru Mentakab. Saya yakin inilah salah satu sebab utama mengapa prestasi peti undi di sini merosot!

Kelewatan ini menunjukkan kelemahan sistem penyampaian kerajaan yang sentiasa disebut-sebutkan.

Ingat kembali apa yang berlaku pada akhir tahun 2006!
Jambatan ini sepatutnya siap dalam masa 4 bulan selepas penyerahan tapak pada 28-11-2006!!!

Laporan Chinapress pada 14-5-2008.

1 comment:

Anonymous said...

dijambatan inilah saudara saya lemas dan dijumpai di balai bomba pada 31 mei 2008 yang lalu...