Sunday, July 6, 2008

Pertandingan Karaoke Sempena Hari Ulang Tahun 7 Ranger Mekanis Kem Batu 5 Mentakab

Pertandingan tersebut telah dimulakan pada 5 Julai 2008 hingga 6 Julai 2008 di Lapangan Gerai MPT dihadapan TM Point Mentakab.

Tujuan mengadakan pertandingan ini ialah sempena merayakan Hari Ulang Tahun ke 38 7RRD Mekanis Kem Batu 5 Mentakab, disamping itu ianya juga dapat mengeratkan silaturahim penduduk kawasan dengan pihak tentera.

Tentera membantu mempertahankan negara menentang musuh. Dalam keadaan negara aman damai, kita hanya mengingati pihak tentera apabila berlaku kecemasan seperti berlaku banjir atau berlaku bencana alam dalam kawasan.

Saya menyanjung tinggi usaha pihak tentera dalam menganjurkan program ini bagi mendekati rakyat dengan pihak tentera dan pada masa yang sama juga, memberi hiburan kepada penduduk dalam kawasan Mentakab/Temerloh.

Berikut ini beberapa gambat semasa perasmian Pertandingan Karaoke Terbuka tersebut.


Memberi Ucapan Perasmian


Para Juri


Menerima cenderamata daripada Mejar Mohd Nasri

No comments: