Wednesday, July 2, 2008

Apa yang penting?

Kalau kamu tanya soalan itu kepada seratus orang, kamu akan dapat beberatus jawapan.

Memang betul.

Oleh kerana apa yang penting kepada seseorang itu mungkin tidak penting kepada seseorang lain. Masa itulah yang sangat penting.

Sekarang ialah musim bagi pelajar-pelajar yang dapat tawaran memasuki universiti dan kolej. Yang penting sekali bagi ibubapa yang berpendapatan kurang dan tiada simpanan ialah memastikan anak mereka dapat tambang pergi ke kolej dan universiti, dapat bayar yuran pendaftaran yang beratus atau beribu, dan macam-macam hal berkaitan dengan kemasukan anak ke kolej dan universiti.

Yang penting mulai 1 Julai 2008 ialah bagaimana boleh menjimat penggunaan kuasa letrik supaya tidak perlu bayar lebih apabila bil TNB sampai nanti.

Yang tak penting bagi mereka ialah hal-hal yang langsung tak ada kaitan dengan masalah mereka buat masa sekarang, siapa yang berada di tempat kejadian semasa wanita Mongolia itu dibunuh, atau apa yang berlaku ke atas Mohd Saiful Buhkari dan lain-lain hal yang hanya menjadi buat mulut di kedai kopi.

Hal-hal yang penting ialah hal-hal yang ada kaitan dengan diri kita sendiri.

Sekiranya seseorang itu ialah pemimpin dalam parti politik, yang penting baginya ialah dalam pemilihan parti akan datang itu, kedudukannya dalam parti kemudian boleh kekal atau tidak. Siapa yang berpotensi untuk mencabar kedudukannya dan hal-hal berkaitan dengan kepentingan dirinya.

Masalah kita selalunya ialah kita letak prioriti kita dengan susunan yang salah!

Apa yang penting bagi awak?

4 comments:

Anonymous said...

Saya memang bersetuju dengan pendapat YB dalam hal ini.

Bagi saya, seperti ibu bapa lain yang menghantar anak mereka setiap hari ke SRJK(C)Chung Hwa, sering menghadapi masalah trafik berhampiran balai polis Mentakab sekitar jam 7.00 pagi.
Saya begitu berharap terdapat seorang polis trafik untuk mengawal lalu lintas dan menyenangkan pemandu tiba di destinasi mereka.

Bagi pihak polis, mungkin ini tidak penting bagi mereka.Tapi bagi saya dan ibu bapa lain, ini adalah penting!

Setiap kali saya menunggu dan bersabar dalam barisan kereta yang panjang itu,terlintas dalam pemikiran saya untuk berperanan sebagai seorang polis trafik untuk mengawal trafik supaya semua pemandu dapat menghantar anak mereka dalam masa yang singkat,tidak perlu membazir masa untuk menungu lampu trafik bertukar kepada warna hijau.

Kalau saya ada hasrat untuk buat sumbangan kepada khidmat sosial tanpa terima gaji atau wang ringgit,bolehkah pihak polis berbakti kepada masyarakat dengan mengawal trafik selama setengah jam dari hari Isnin hingga Jumaat?

Saya bersetuju dengan pendapat YB dalam hal ini.

Apa yang penting,bagi saya?

Saya,seperti ibu bapa lain yang menghantar anak ke SRJK(C)Chung Hwa setiap hari,terkandas dalam trafik berhampiran balai polis Mentakab.

Setiap kali bila saya menunggu dan bersabar dalam barisan kenderaan yang panjang itu, terlintas dalam minda saya untuk keluar dari kereta saya dan berdiri di depan lampu isyarat trafik untuk mengarahkan trafik supaya setiap ibu bapa dapat menghantar anak mereka dalam masa yang singkat, tidak perlu membazir masa untuk menunggu giliran masing-masing di depan lampu isyarat trafik,menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Mungkin bagi pihak polis,ini tidak penting bagi mereka. Bagi mereka, berbakti kepada masyarakat tidak penting,walaupun hanya sumbangkan setengah jam sahaja dari hari Isnin hingga Jumaat.

sts said...