Sunday, July 13, 2008

Majlis Jamuan Meraikan OCS Mentakab kerana Pertukaran ke Bukit Aman

Majlis Makan Malam Meraikan OCS Mentakab Insp. Selamat kerana bertukar ke Bukit Aman diadakan pada 12 Julai 2008 di Bukit Bendera Resort.

Seramai lebih 30 orang rakan di sekitar kawasan Mentakab yang terdiri daripada kaunselor, ketua platun RELA dan ahli MCA turut hadir dalam jamuan tersebut.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed dan Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Mohamad Zulmazi Che Daud juga hadir dalam majlis jamuan tersebut.
Hadir bersama dalam majlis makan malam tersebut termasuk juga Penghulu Mentakab En. Alias Nong, Ketua Kampung Baru Mentakab En. Chow Ah Chuan dan Ketua Kampung Tg Kerayong, En. Mubin.

Majlis jamuan makan malam ini dianjurkan oleh Pejabat ADUN Mentakab.








No comments: