Sunday, July 6, 2008

SMS yang saya terima

"There's a reason we separate military & the police: 1 fights the enemy of the state, other serves and protects the people. When the military becomes both, then the enemies of the state tend to become the people." Commander Adama.

Saya terima sms tersebut daripada seorang rakan, dan saya setuju dengan hujah Commander Adama tersebut. Tentera melawan musuh di hutan, melawan musuh di medan peperangan, melawan musuh di mana-mana sahaja apabila diarahkan. Sekiranya tentera berada di jalan raya, di kota, di bandar dan sedia berperang, disitulah berada musuhnya!

Kebetulan pada malam yang sama saya terima sms ini, 7 Ranger dari Kem Batu 5 Mentakab mengadakan Pertandingan Karaoke Terbuka di lapangan Gerai MPT dekat TM Point Mentakab untuk menghiburkan penduduk kawasan Mentakab/Temerloh sempena merayakan Hari Ulang Tahun ke-38 Mekanis 7 RRD itu!

Saya ucapkan terima kasih kepada Mekanis 7 RRD Kem Batu 5 kerana usaha dan inisiatif mereka!

No comments: