Tuesday, October 19, 2010

Sukan Tahunan Sek Keb Mentakab(Chatin)

 
Sek Keb Mentakab(Chatin) mengadakan Majlis Sukan Tahunan Ke-2 pada 19 Oktober 2010 di Padang sekolah tersebut. Saya rasa bangga kerana dapat diundang untuk merasmikan Majlis Sukan Tahunan tersebut. Walaupun sekolah ini baru berusia 8 tahun, bilangan pelajar telah bertambah hingga 404 orang. Luas sekolah ini lebih kurang 6 ekar dan masih mempunyai ruang tanah untuk menambah bilikdarjah. Harap dengan kerjasama guru2 dan ibubapa, bersama-sama membangunkan sekolah ini. Saya sungguh berharap sekolah ini dapat mencapai kecemerlangan dalam kedua-dua bidang akademik dan kokurikulum dibawah pimpinan Guru Besar En Parudi Md Nor. Posted by Picasa

No comments: