Satu Majlis Jamuan Ramah Mesra Deepavali telah diadakan pada 12 November 2010 bermula jam 5 petang di Taman Damai Taha. Penduduk2 di rumah pangsa Damai Taha ini keluar beramai-ramai menyertai majlis tersebut. Ini merupakan kali pertama majlis seperti ini diadakan di perkarangan rumah pangsa tersebut. Sebenarnya program ini adalah berikutan beberapa perjumpaan dan mesyuarat saya dengan JK pendudukan Blok B dan Blok C yang baru ditubuhkan demi menjaga kebersihan dan keamanan rumah pangsa tersebut. JK Blok B dan Blok C ini diketuai oleh En Masri dan En Soh masing2. Dengan penubuhan JK ini, beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk2 telah dapat diselesaikan, kawasan sekeliling rumah pangsa ini juga menjadi lebih bersih dan nampaknya penduduk2 puas hati dengan keadaan sekarang dan sudi memberi kerjasama dengan JK. Program ini sememangnya dijadualkan semasa perbincangan semasa perjumpaan dan mesyuarat di dalam Jawatankuasa Penduduk.
Saya berterima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama menjayakan program ini.
Penduduk2 dan orang ramai menjamu selera. Ice Cream percuma disukai ramai!
Sesi Gambar bersama Artists2 Tempatan.
Jamuan 1 Malaysia!
Jamuan 1 Malaysia!
Sesi Bergambar 1 Malaysia!
Persembahan Tarian India oleh pelajar SM Hwa Lian.
Persembahan Tarian dari Sabah
Artists2 yang bergaya!
Sepatah dua kata dari ADUN Mentakab!
Happy Deepavali dan Selamat Menyambut Hari Raya Haji!
No comments:
Post a Comment