Wednesday, May 18, 2011

Mesyuarat Kampung Baru Daerah Temerloh

Mesyuarat Kampung Baru Daerah Temerloh
Tarikh: 18 Mei 2011
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Pejabat Daerah Temerloh

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YH Dato Sallehuddin Ishak, Pegawai Daerah Temerloh dan dihadiri bersama oleh YB Dato Chuah Boon Seong, ADUN Kawasan Mentakab, YH Dato Yap Kee Huat, Ketua Bahagian Kuala Krau, En Chong Siew Cheng, Pegawai Perkampungan Baru dan Pembantu2 Pegawai Pejabat Tanah Daerah Temerloh serta semua Ketua2 Kampung Baru Cina di dalam daerah.

Seramai 41 orang pemohon tapak tanah rumah di Kg Baru Mentakab akan menerima Borang 5A, 17 orang pemohon dari Kg Baru Kuala Krau, 1 orang dari Kg Baru Lanchang, 3 orang dari Kg Baru Belunggu Halt.

Satu Majlis penyamapaian Borang 5A tersebut akan diadakan pada 25 Mei 2011(Rabu) Jam 8 malam di MCA Kg Baru Mentakab.

Mereka yang bakal menerima Borang 5A ini akan diberitahu oleh JKKK Kg Baru masing2.

No comments: