Sunday, April 13, 2008

Mesyuarat Keselamatan di Kg Kuala Sanggang

Demi menyelesaikan masalah keselamatan dan ketenteraman kampung, khususnya kes-kes kecurian dan kejadian yang tidak diingini berlaku di dalam kampung, satu mesyuarat telah diadakan pada 13 April 2008 di Balairaya JKKK Kg Kuala Sanggang.

Semua ketua keluarga dan penduduk telah dijemput hadir, dalam mesyuarat tersebut saya selaku wakil rakyat kawasan juga turut dijemput dan hadir bersama Wakil Polis Dari IPD Temerloh. Inisiatif Pengerusi JKKK Kg Kuala Sanggang En. Maazi bersama ahli jawatankuasanya disanjung tinggi. Memang menjadi tanggungjawab bagi JKKK menjaga keselamatan dan kemajuan kampung masing-masing. Apa yang berlaku di Kampung Kuala Sanggang ini amat merunsingkan, sehingga penduduk kampung rasa terancam.

Penduduk-penduduk telah mencadangkan bebarapa perkara untuk dipertimbangkan dan dimabil tindakan oleh pihak polis seperti mengadakan pondok polis bergerak, ada juga cadangan bahawa balai polis didirikan di kawasan Sanggang ini.

Dalam mesyuarat tersebut, beberapa pandangan juga dibangkit seperti menjaga keselamatan harta benda dengan baik dan jangan wujudkan peluang kepada penjenayah, kerjasama antara penduduk, sentiasa berwaspada dan menjadi mata telinga kepada pihak berkuasa.

Akhirnya, semua yang hadir bersetuju bahawa JKKK mengadakan jadual rondaan dengan kerjasama RELA yang sedia berkhidmat.


Pegawai Polis Yang bertanggung jawab atas kawasan Kg Kuala Sanggang


Wakil Ketua Polis Daerah Temerloh



Penduduk-penduduk yang hadir dalam mesyuarat ini

No comments: