Tuesday, April 1, 2008

Mesyuarat Agung Tahunan Usahanita Daerah Temerloh Kali Ke-13

Mesyuarat Agung tersebut telah diadakan pada 1 April 2008 Jam 3.30 petang dan dirasmikan oleh ADUN Mentakab di Bilik Mesyuarat Pejabat MARA Temerloh.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai MARA Daerah Temerloh, Pegawai Koperasi Daerah Temerloh dan Pengerusi Usahanita Negeri Pahang Pn Rosizah dari Kuantan. Pengerusi Usahanita Daerah Temerloh Pn Zainiah Bt Mohd Nor memberi ucapan aluan dalam majlis tersebut.

Usahawan Wanita Bumiputera harus menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya demi memajukan perniagaan mereka. Disamping itu, usahawan wanita ini juga perlu mempetingkatkan lagi kemahiran perniagaan termasuklah menguruskan akaun perniagaan, memperluaskan pasaran dan sebagainya.





No comments: