Pada masa itu, Tuan Syed Hamid Syed Mohammed(sekarang YB bagi Kuala Semantan) yang telah menjadi YDP PIBG sejak SK Sg Gau dimulakan enam tahun dahulu, awal-awal telah menjemput saya ke Perasmian Mesyuarat Agung PIBG sekolah tersebut.
Adalah suatu keistmewaan bahawa kedua-dua wakil rakyat yang kawasannya berjiran(Mentakab dan Kuala Semantan) berada dalam majlis yang sama, yang khusunya ialah satu dari parti kerajaan pemerintah dan satu lagi dari parti pembangkang.
Demi pembangunan sekolah, masa depan dan kebaikan anak-anak pelajar kita, kita harus ketepikan fahaman politik dan pegangan pendirian yang berbeza.
No comments:
Post a Comment