Tuesday, September 2, 2008

Seminar Keselamatan Kejiranan 2008 Peringkat Daerah Temerloh

Seminar tersebut diadakan di Hotel Seri Malaysia pada 30 Ogos 2008 oleh Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Temerloh. ADUN Mentakab YB Chuah Boon Seong melakukan perasmian penutup seminar tersebut.

Kesemua 40 KRT dalam daerah menghadiri seminar ini. Wakil daripada Jabatan Perpaduan, Majlis Perbandaran Temerloh dan Polis membentangkan kertas kerja dalam seminar ini. Pengerusi atau wakil KRT yang menghadiri seminar ini tentu dapat manfaat daripada pembentangan kertas kerja dan idea-idea yang disampaikan.

Daripada 40 KRT yang sedia ada di Daerah Temerloh, cuma 16 sahaja yang mengadakan Skim Rondaan Sukarela(SRS). SRS ini tentu dapat membantu polis dalam membanteras jenayah dan gejala sosial yang kurang sihat dalam kaswasan Rukun Tetangga masing-masing.

Hadir bersama dalam majlis ini ialah Pn Fairojibanu, Pengarah JPNIN Negeri Pahang, Pn Aziza, Pegawai Perpaduan Temerloh, En Mohamed Zulmazi, Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh dan semua wakil KRT dalam Daerah Temerloh.

 
Posted by Picasa

No comments: